Semakan Str 2025

semakan str 2025 online

Cara semakan str 2025 online dan di kaunter lhdn.

Kami difahamkan kali ini ramai yang lulus. Tetapi ramai juga yang agak keliru bagaimana cara untuk buat semakan sumbangan tunai rahmah dengan cara yang betul dan tepat.

Oleh itu, kami juga berkongsi pautan rasmi yang tepat, panduan langkah demi langkah sehingga anda dapat status semakan

Semakan STR Secara Online

Ini cara paling cepat dan selamat. Pastikan anda guna portal rasmi kerajaan untuk melakukan semakan.

  1. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan melayari portal bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Kemudian pilih Log Masuk MySTR.
  3. Masukkan No. MyKad dan kata laluan.
  4. Sahkan captcha dan tekan Log Masuk.
  5. Buka menu Status Permohonan.
  6. Lihat status kelulusan, jumlah bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan, dan proses bayaran mengikut fasa.

Jika akaun belum wujud: Daftar akaun baharu. Lengkapkan maklumat yang diperlukan selengkapnya. Simpan kata laluan dengan selamat.

Jika terlupa kata laluan: Guna fungsi Lupa Kata Laluan. Sahkan OTP. Tetapkan kata laluan baharu.

Tip keselamatan: Elakkan pautan meragukan. Jangan kongsi OTP kepada sesiapa.

Semakan STR 2025 di Kaunter LHDN

Anda juga boleh semak terus di kaunter di cawangan LHDN terpilih.

Sebelum hadir:

  • Semak senarai cawangan yang menerima urusan STR.
  • Pilih hari bekerja dan masa sesuai.
  • Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan oleh kakitangan yang bertugas.

Dokumen lazim:

  • MyKad pemohon dan pasangan.
  • Sijil nikah atau dokumen status perkahwinan.
  • Sijil lahir anak atau dokumen penjagaan sah.
  • Bukti pendapatan atau pengesahan tiada pendapatan.
  • Bukti alamat jika diminta.

Proses di kaunter:

  1. Ambil nombor giliran dan nyatakan tujuan semakan.
  2. Serahkan dokumen untuk pengesahan pegawai.
  3. Semak status dengan pegawai bertugas.
  4. Dapatkan cetakan ringkas jika diperlukan.
  5. Tahu tarikh atau fasa bayaran seterusnya.

Sejarah Pemberian Bantuan Tunai di Malaysia

Bantuan tunai rakyat berevolusi mengikut era pentadbiran kerajaan. Tujuan utamanya kekal sama adalah untuk meringankan kos hidup dikalangan rakyat Malaysia.

Era Datuk Seri Najib Razak (2012–2018)
BR1M diperkenalkan pada 2012. Sasaran utama ialah isi rumah berpendapatan rendah. Nilai bantuan berubah mengikut kategori dan tahun.

Era Tun Dr. Mahathir Mohamad (2018–2020)
Kerajaan PH menambah baik program. BR1M diganti dengan BSH. Fokus kekal pada golongan berpendapatan rendah.

Era Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020–2021)
Tempoh pandemik menyaksikan banyak bantuan diumumkan kepada rakyat Malaysia. BPR dan bantuan khas lain diperkenal. Tujuannya menyokong aliran tunai rakyat kerana di zaman krisis pada masa itu..

Era Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (2021–2022)
Kerajaan meneruskan program tunai di mana BKM diperkenal dalam Belanjawan 2022. Kategori dan kadar bantuan pun telah dikemaskini pada masa itu.

Era Dato’ Seri Anwar Ibrahim (2022–kini)
Manakala di zaman kerajaan Perpaduan menggantikan BKM dengan STR 2025. Penambahbaikan dibuat dari semasa ke semasa. Pengumuman rasmi dibuat oleh MOF dan LHDN.

Kesimpulan

Semakan STR kini mudah. Anda sudah boleh semak online atau di kaunter dengan merujuk di portal rasmi kerajaan dengan menggunakan maklumat sah.

Scroll to Top