Syarat Kelayakan STR Bujang & Pasangan Berkahwin

syarat STR bujang

Apa itu syarat STR bujang & pasangan berkahwin untuk Sumbangan Tunai Rahmah berdasarkan kelayakan umur & gaji pendapatan terkini yang telah pun ditetapkan kerajaan.

Anda akan tahu siapa yang layak, definisi kategori, umur minimum, had pendapatan yang dibenarkan untuk memohon str.

Cara Kemaskini STR Online Free sahaja setiap kali tempoh kemaskini dibuka setiap tahun jika berlaku perubahan maklumat

Syarat Kelayakan STR Bujang & Pasangan Berkahwin

Secara umumnya, pemohon layak jika memenuhi kriteria asas seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan sedang bermastautin di Malaysia.
  • Anda layak Memohon di bawah salah satu kategori berikut seperti: Isi Rumah STR Bagi Yang Berkahwin, Bujang, atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan anda masih dalam had yang ditetapkan kerajaan mengikut kategori yang telah pun tersenarai.
  • Maklumat perkahwinan, pasangan, dan anak sepadan rekod rasmi JPN/LHDN.
Jadual STR 2026 termasuk butiran tarikh pembayaran dan jumlah insentif yang diberikan kepada penerima yang layak mengikut fasa

Apa Maksud Syarat STR Bujang, Isi Rumah & Warga Emas

STR pasangan berkahwin
  • STR Pasangan Berkahwin: Pemohon STR sudah berkahwin atau ibu/bapa tunggal yang mempunyai anak yang menepati syarat; termasuk pasangan bukan bekerja.
  • Syarat Status Bujang atau Belum Berkahwin: Individu belum berkahwin atau ibu/bapa tunggal tanpa anak yang menepati syarat ditetapkan
  • Warga Emas Tiada Pasangan: Individu ≥60 tahun tanpa pasangan/tiada tanggungan anak menepati syarat.

Syarat Gaji Str Mengikut Kategori

KATEGORIHAD PENDAPATAN *
Syarat kelayakan STR Berkahwin≤ RM5,000
Syarat Sumbangan Tunai Rahmah Bujang≤ RM2,500
Warga Emas Tiada Pasangan≤ RM5,000

*Had pendapatan merujuk dokumen FAQ/risalah STR yang terkini. Jumlah dan struktur Bantuan Kerajaan Malaysia mengikut pengumuman tahun semasa.

Apa yang perlu dilakukan jika Terlupa Kata Laluan STR Dan Email, penyelesaiannya?

Anda Mestilah Wajib Warganegara & Pemastautin

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang memiliki MyKad yang sah.
  • Sedang bermastautin di Malaysia
  • Anak/anak angkat mestilah memiliki MyKid/MyKad Malaysia

Layak Syarat STR Berkahwin & Pasangan Bukan Warga

syarat kelayakan STR berkahwin
  • Nyatakan status terkini: bujang, STR berkahwin, bercerai, balu/duda.
  • STR untuk Pasangan berkahwin bukan warganegara perlu dokumen sokongan perkahwinan yang sah.
  • Pastikan hanya satu tuntutan isi rumah dibuat bagi pasangan yang sama. Jangan sesekali berlaku pertindahan permohonan di antara pasangan.

Berapa Syarat Umur Kelayakan Str Berkahwin, Bujang, Anak Tanggungan

  • Bujang: lazimnya 21–59 tahun; OKU boleh berbeza mengikut garis panduan.
  • Warga Emas: ≥60 tahun
  • Anak Tanggungan: menepati syarat umur/sekolah dan pengenalan MyKid/MyKad sah.

Untuk maklumat anda, Umur STR bujang yang layak mesti berada pada lingkungan antara 21 hingga 59 tahun.

Walaubagaimanapun jika anda Bujang OKU berdaftar dengan JKM, syarat umur STR yang ditetapkan adalah bermula 19 tahun ke atas ialah 19 tahun.

Tetapi, untuk Pelajar sepenuh masa IPTA/IPTS anda sama sekali tidak layak memohon di bawah kategori bujang.

Syarat STR Anak Angkat & Penjaga Sah

  • Anak angkat mesti berdaftar di JPN atau ada dokumen jagaan sah.
  • Serahkan bukti perundangan penjagaan jika diminta.
  • Elak pertindihan tuntutan antara ibu bapa/penjaga.

Senarai Syarat STR OKU

  • Pemohon/tanggungan OKU perlu pengesahan daripada agensi berkaitan (contoh: JKM/JKM e‑Daftar/ kad OKU).
  • Pastikan nombor rujukan OKU sah dan aktif.
  • Muat naik salinan dokumen sebagai bukti sokongan semasa update STR 2026.

Jika Masih Pelajar, Bekerja Sendiri & Tiada Slip Gaji

Persoalannya sekarang, adakah pelajar atau yang bekerja sendiri mahupun yang tiada slip gaji & pendapatan layak untuk menerima bantuan STR? Boleh sebenarnya jika anda mengikut cara seperti di bawah ini

  • Pelajar: Kelulusan tertakluk kepada had umur dan status anda di bawah kategori tanggungan STR
  • Bekerja sendiri: Sediakan penyata bank, rekod jualan atau Akuan Sumpah untuk membolehkan permohonan anda dipertimbangkan.
  • Tiada slip gaji: Guna surat pengesahan majikan atau Akuan Sumpah yang sah.

Soalan Lazim

1) Adakah warganegara yang bekerja di luar negara layak terima STR lhdn?

Layak jika anda mematuhi syarat warganegara dan pemastautin pada tahun tersebut.

2) Bolehkah untuk kelayakan STR berkahwin, pasangan saya yang bukan warganegara masuk dalam kategori isi rumah?

Boleh, dengan syarat ada dokumen perkahwinan yang sah; had pendapatan terkumpul masih mengikut kategori STR berkahwin yang telah ditetapkan.

3) Bagaimana jika Anak angkat saya masih belum didaftarkan dengan JPN?

Usah bertangguh lagi. Terus buat pendaftaran atau sediakan dokumen jagaan yang sah sebelum anda membuat tuntutan tanggungan dalam STR.

4) Adalah melepasi syarat STR bujang jika umur bawah 21 tahun?

Maaf anda tidak layak sama sekali

Pautan Rasmi

Penafian: Syarat kelayakan STR dan had pendapatan yang ditetapkan boleh berubah mengikut tahun pada pembentangan bajet tahunan kerajaan.

Sentiasa rujuk portal rasmi untuk butiran rasmi yang terkini termasuk butiran tentang Skim Khairat Kematian STR khairat kematian.

Scroll to Top