Jadual Bayaran STR 2025 Mengikut Bank

jadual bayaran str 2025 mengikut bank

Jadual bayaran STR 2025 mengikut bank membantu anda merancang kewangan anda samada sudah berkahwin ataupun masih bujang lagi bagi sepanjang tahun ini.

Kami kongsikan beberapa maklumat penting seperti jadual str 2025 termasuk menghimpunkan tarikh bayaran str bagi setiap fasa, jumlah pembayaran mengikut kategori, dan juga kaedah bayaran.

Manakala yang mengalami masalah bayaran, kami harapkan perkongsian ini membantu anda menyelesaikan masalah & ralat ini secepat mungkin.

Semakan str 2025 online dan di kaunter samada anda lulus atau tidak

Tarikh Bayaran STR 2025 Mengikut Fasa

FASATARIKH BAYARAN STR
Fasa 122 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025 (penerima sedia ada) · 3 April 2025 (kelulusan/rayuan baharu)
Fasa 312 Ogos 2025
Fasa 418 Oktober 2025 (Ini kerana bayaran str fasa 4 diawalkan)
SUMBER RASMI: Lembaga hasil Dalam Negeri

Jumlah Bayaran STR Mengikut Fasa Bagi Setiap Kategori

Pembahagian amaun mengikut fasa 2025 (mengikut kategori & pendapatan berdasar jadual str di bawah ini):

Ini pula butiran jumlah keseluruhan str sara bagi tahun 2025, yang semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya

Bujang (≤ RM2,500) & Warga Emas Tiada Pasangan (≥60)

KELAYAKAN MAKSIMUMFasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
RM600150150150150

Jadual Str 2025 Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500)

BILANGAN ANAKMAKSIMUM (RM)FASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
01,000500150150200
1–21,500500300350350
3–42,000500500500500
≥52,500500650650700

Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000)

BILANAGN ANAKMAKSIMUM (RM)FASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
0500150100150100
1–2750150150200250
3–41,000250200250300
≥51,250300300300350

Kaedah Pembayaran: Kredit Bank vs Tunai BSN

  • Kredit ke akaun bank: Bayaran bantuan rahmah dimasukkan terus ke akaun aktif atas nama pemohon yang didaftarkan dalam MySTR. Nama pada akaun mesti sepadan dengan MyKad. Bayaran str dibuat secara berperingkat.
  • Bayaran Tunai di BSN: Disediakan untuk penerima bantuan yang tiada akaun bank aktif atau tiada pembankan internet.

Bila Duit Masuk Ke Akaun Bank

Waktu kredit duit bantuan dibuat secara berperingkat bermula pada tarikh fasa diumumkan. Masa tepat bergantung kepada bank masing‑masing.

Semak begini:

  • Pantau online banking melibatkan akaun bank anda pada hari pengumuman dan hari berikutnya dari masa ke semasa.
  • Semak Dashboard MySTR → Maklumat Pembayaran samada sudah proses atau tidak
  • Jika tiada kredit selepas beberapa hari bekerja, rujuk seksyen Kod Ralat di bawah.

Jadual Bayaran STR 2025 Mengikut Bank – Paling Awal?

Ramai yang tanya str bila masuk ke akaun bank melibatkan bank maybank, cimb, bank islam, rhb, bank rakyat, bsn, hong leong, ambank, public bank dan lain-lain?

Biasanya bayaran akan dibuat secara berperingkat mengikut bank. Paling cepat biasanya bayaran dari Bank Simpanan Nasional.

BANKBUTIRAN
BSNAntara bank terawal buat bayaran kepada penerima bantuan ke akaun bank BSN
Maybank / CIMB / RHB / Public BankSepanjang hari fasa + hari berikutnya
Bank Islam / Bank Rakyat / Ambank / Hong LeongBerperingkat; kadang-kadang lewat beberapa jam
Bank lainMengikut waktu proses bank masing‑masing

Kenapa Bayaran Str Gagal Kredit & Cara Selesaikan

Punca biasa yang menyebabkan ramai menerima masalah str gagal kredit. Antaranya ialah:

KODMAKSUDTINDAKAN
Str Gagal KreditBank membatalkan transaksi ke akaun bank andaSila kemaskini akaun bank yang masih aktif atas nama pemohon dan sahkan nombor akaun bank.
Akaun Tidak WujudNombor akaun tidak sahMasukkan nombor akaun baharu dengan lampirkan bukti yang jelas.
Dokumen Tidak SahLampiran kabur/tidak lengkapMuat naik semula dokuemn yang tepat dalam format & saiz yang dibenarkan.
Nama Tidak SepadanNama bank tidak sama dengan butiran MyKad andaBetulkan nama pada bank dan kemaskini butiran di portal MySTR agar sepadan.

Kemaskini Akaun Bank Untuk Elak Isu Gagal Kredit

Cara isi borang kemaskini str 2025 online yang tepat dan terkini
  1. Sila Log masuk portal rasmi MySTR → dan terus ke bahagian Kemaskini.
  2. Pilih Bank Pilihan dan masukkan nombor akaun bank anda yang masih aktif (atas nama anda sebagai pemohon).
  3. Semak ejaan nama seperti MyKad.
  4. Simpan dan cetak resit kemaskini.
  5. Elak akaun bersama/akaun dorman.

Tip: Lakukan kemaskini sekurang‑kurangnya sebelum anda menerima bayaran sumbangan tunai rahmah.

Jadual Str 2025 Mengikut Negeri/Parlimen

Kami ingin maklumkan di sini, pembayaran sama sekali tidak diagih mengikut negeri/parlimen. Duit bantuan akan kredit terus ke akaun bank anda mengikut jadual fasa dan bank yang telah anda daftarkan dalam sistem lhdn.

Hanya tuntutan tunai di BSN terikat kepada lokasi cawangan yang ada.

Proses Tuntutan Duit Str Di Kaunter BSN

  1. Sila bawa MyKad asli dan nyatakan tujuan anda datang ke kaunter lhdn untuk tujuan tuntutan STR.
  2. Ambil nombor giliran dan tunggu panggilan.
  3. Pegawai sahkan identiti & status kelayakan.
  4. Terima tunai atau kredit ke akaun BSN.
  5. Simpan resit rasmi.

Jika wakil hadir: Sediakan surat kebenaran dan dokumen sokongan yang diterima bank.

Bayaran Permohonan Baru vs Penerima Sedia Ada

  • Penerima sedia ada: Akan menerima bayaran mengikut jadual str 2025 berdasar setiap fasa dari 1, 2, 3, 4.
  • Permohonan baharu: Bayaran bermula pada fasa terdekat selepas kelulusan; fasa terdahulu anda sama sekali tidak akan menerima bayaran str
  • Kemas kini lewat: Boleh mempengaruhi masa kredit.

Tarikh Bayaran Rayuan STR

Selepas anada berjaya menerima keputusan rayuan LULUS, anda akan menerima pembayaran untuk fasa yang seterusnya. Kami sarankan anda Rujuk Dashboard MySTR → Status Rayuan untuk semak tarikh kredit duit bantuan.

Soalan Lazim

1) Adakah masa pembayaran duit bantuan sama melibatkan semua bank di Malaysia?

Tidak. Bergantung kepada prosedur setiap bank yang berbeza-beza.

2) Apa perlu saya buat jika status lulus tapi masih tidak menerima duit bantuan selepas melepasi tempoh 3 hari bekerja?

Sila pastikan akaun bank anda masih lagi aktif tiada sebarang masalah. Jika masih bermasalah, sila terus ke kaunter lhdn untuk menerima bantuan dari pegawai bertugas.

3) Bolehkah tukar bank jika sudah tidak lagi aktif untuk menerima duit bantuan?

Ya. Jika tempoh kemaskini masih lagi dibuka. Jika tidak, anda perlu tunggu tempoh masa akan datang.

4) Saya tiada akaun bank. Bolehkah terus tuntut di BSN?

Ya, bawa MyKad dan ikut proses tuntutan tunai yang telah pun kami kongsikan seperti di atas.

5) Adakah jumlah pembayaran sama pada setiap fasa 1, 2, 3, 4?

Tidak. Jumlah bantuan adalah mengikut kategori seperti diumumkan pada pembentangan Bajet sebelum ini

Kami akan bantu anda untuk kemaksini jadual str 2025 mengikut bank bila masuk ke akaun dari masa ke semasa suoaya anda dapat info yang terkini dari kami.

Scroll to Top