
Tidak semua permohonan STR lulus pada percubaan pertama, itu sebablah peluang kedua melalui keputusan rayuan STR 2026 diperkenalkan. Apa maksud str dalam proses?
Anda dibenarkan untuk hantar rayuan dengan tujuan untuk membetulkan maklumat diri dan kemaskini info sekaligus mengesahkan kelayakan sebenar anda.
Panduan ini akan berkongsi info tentang Syarat STR Berkahwin, tarikh buka/tutup, sebab permohonan ditolak, senarai dokumen mengikut punca, serta langkah rayuan di Portal STR 2026 online dan kaunter.
Dengan harapan permohonan anda buat kali kedua dapat meningkatkan peluang kelulusan.
Cara MySTR 2026 Semakan Status pada setiap fasa
Siapa Patut Buat Rayuan STR 2026
Anda layak mengemukakan untuk buat rayuan STR jika:
- Permohonan Tidak Lulus atau Tiada Rekod disebabkan data tidak lengkap/tidak sepadan dengan dokumen dan data yang tersimpan dengan agensi kerajaan.
- Berlaku perubahan maklumat (perkahwinan/cerai, kelahiran/kematian, alamat, pendapatan, akaun bank) dalam tempoh rujukan.
- Dokumen sokongan sudah pun lengkap (contoh: sijil nikah/cerai, kad OKU, surat majikan, Akuan Sumpah).
- Anda percaya telah berlaku ralat dengan padanan pangkalan data (JPN/LHDN/JKM).
Bila Tarikh Rayuan STR 2026 & Tarikh Tutup
- Tarikh rayuan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dan LHDN bermula 16 Februari 2025 hingga 30 Jun 2025.
- Boleh juga semak portal STR (MySTR) dan kenyataan media MOF/LHDN untuk maklumat berkaitan tarikh muktamad.
Berita terkini Bayaran STR Fasa 4 Diawalkan 18 Oktober sempena musim perayaan
Sebab Tidak Lulus & Ditolak (Kod & Maksud Ringkas)
Senarai dokumen dan tindakan yang diperlukan berdasar sebab dan punca permohonan anda gagal dan ditolak sehingga anda perlu buat rayuan STR.
| Sebab/Kod (ringkas) | Maksud Umum | Apa Perlu Dibuat |
|---|---|---|
| Rekod Perkahwinan Tidak Sepadan | Status kahwin/cerai tidak padan pangkalan data JPN | Kemaskini status; sertakan sijil nikah/cerai terkini. |
| Pendapatan Melebihi Had Ditetapkan | Jumlah pendapatan melebihi ambang kategori | Sahkan bukti pendapatan; jelaskan sumber. |
| Akaun Bank Tidak Sah/Gagal Kredit | Akaun tidak aktif atau tidak sepadan nama | Tukar akaun aktif atas nama pemohon yang terkini. |
| Tiada Rekod Alamat/Alamat Tidak Sah | Bukti alamat tiada atau tidak sah | Lampir bil utiliti berdaftar. |
| Anak Tanggungan Tidak Disahkan | Data anak tidak padan/tiada bukti | Lampir MyKid/MyKad/surat jagaan sah. |
| Dokumen Kabur/Tidak Lengkap | Fail tidak jelas atau hilang halaman | Muat naik semula resolusi tinggi, lengkap. |
| Pemastautin Tidak Disahkan | Rekod bermastautin meragukan | Lampir bukti bermastautin (contoh: bil/penyata). |
Langkah Demi Langkah Rayuan STR Online
- Rujuk sebab/kod STR tidak lulus yang dipaparkan.
- Pertama sekali anda perlu akses ke portal rasmi, bantuantunai.hasil.gov.my dan Log Masuk MySTR.
- Sila pilih menu Rayuan STR online pada Dashboard.
- Kemudian, kemaskini maklumat berkaitan (status kahwin, anak, alamat, pendapatan, bank).
- Muat naik dokumen sokongan mengikut punca yang tertera.
- Semak ringkasan; tandakan Aku Janji.
- Klik Hantar dan simpan nombor rujukan.
- Pantau Status Keputusan Rayuan STR secara berkala.
Jika dah hantar rayuan, nantikan keputusan bila anda boleh check keputusan dan Bila Duit STR Masuk untuk yang dah berjaya
Cara Buat Rayuan STR 2026 di Kaunter LHDN/UTC – Proses & Tips
Anda bawa semua dokumen yang diperlukan dan pihak kakitangan lhdn akan bantuan anda di kaunter untuk hantar permohonan kali kedua selepas permohonan sebelum ditolak.
Semakan Rayuan STR 2026
- Dashboard MySTR → Status Rayuan Bantuan Rahmah (paparan lulus/tidak lulus/dalam proses).
- Semak e‑mel/SMS jika notifikasi diaktifkan.
- Jika tiada perubahan selepas beberapa hari bekerja, rujuk kaunter LHDN.
Keputusan Rayuan STR Tidak Lulus – Apa Seterusnya
- Diluluskan (LULUS): Rekod dikemaskini dan dimasukkan ke jadual bayaran. Pastikan akaun bank aktif & sepadan dengan nama.
- Ditolak (TIDAK LULUS): Baca sebab terperinci kenapa permohonan kena tolak. Boleh buat persediaan jika permohoan dibuka semula pada masa akan datang.
STR Rayuan Bila Masuk Selepas – Tarikh & Kaedah
Persoalannya sekarang dah lulus, STR rayuan bila masuk?
- Bayaran dibuat pada fasa aktif terdekat selepas keputusan LULUS.
- Kaedah bayaran: kredit bank (default) atau tuntutan tunai di BSN jika akaun tidak aktif/gagal kredit.
- Rujuk Jadual Bayaran STR untuk fasa terkini dan semak akaun bank anda.
Kebiasaannya ia akan ambil masa hanya beberapa hari bekerja hingga beberapa minggu sahaja, bergantung kepada jumlah rayuan sumbangan tunai rahmah dan senarai dokumen yang perlu disemak.
Butiran lanjut rujuk Jadual Bayaran STR 2026 termasuk butiran tarikh dan jumlah pembayaran bagi setiap fasa
Apa Maksud STR Dalam Proses Rayuan
Jika anda menerima status semakan rayuan STR dalam proses rayuan str bermaksud rayuan anda sudah diterima oleh LHDN tetapi belum diputuskan oleh sistem.
Pegawai sedang membuat semakan silang melalui pengesahan dokumen yang telah anda hantar. Ia bukan ditolak—hanya masih di peringkat penilaian.
Soalan Lazim
1) Berapa lama tempoh keputusan rayuan STR sumbangan tunai rahmah?
Tempoh yang diberikan tidak lama kerana ia bergantung kepada kes & jumlah rayuan.
2) Perlu hadir kaunter untuk permohonan rayuan jika hantar online?
Tidak perlu kecuali diminta atau dokumen tambahan diperlukan untuk dihantar ke lhdn.
3) Bolehkah tukar bank semasa rayuan?
Boleh dengan syarat anda diberikan peluang untuk kemaskini akaun bank yang terkini
Penafian
Butiran info mengenai rayuan ini sebenarnya tertakluk kepada pengumuman rasmi pada tahun semasa.
Kami sarankan anda untuk sentiasa rujuk portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my dan kenyataan MOF / LHDN untuk tarikh, borang, dan garis panduan terkini rayuan bantuan rahmah ini.

