
Sebenarnya ada banyak senarai bantuan 2026 kerajaan Malaysia Madani yang diumumkan kepada semua rakyat Malaysia yang layak.
Ada banyak duit bantuan kerajaan madani 2026 untuk bujang, pelajar, oku, warga emas, penjawat awam, pasangan berkahwin, peniaga, usahawan, semuanya ada.
Jadi, di halaman ini kami menghimpunkan semua kategori bantuan kerajaan Malaysia samada SARA/MyKasih, kebajikan JKM, pengangkutan, pendidikan, perumahan, subsidi minyak, usahawan, OKU/warga emas, keluarga & anak.
Senarai Bantuan 2026 Dari Kerajaan Malaysia Madani
Ada banyak tawaran bantuan terbaru dari pemerintah untuk anda semua yang berkelayakan. Antara yang boleh dimohon adalah seperti di bawah ini:
- STR (LHDNM): Bantuan baru kerajaan yang diagihkan secara berfasa kepada kumpulan isi rumah (pasangan berkahwin), warga emas tiada pasangan & bantuan kerajaan 2026 bujang.
- SARA/MyKasih (MOF/LHDNM + MyKasih): Insentif tanpa tunai melalui MyKad untuk tebus 14 kategori barangan asas di kedai dan pasaraya terpilih.
- Bantuan kerajaan Malaysia Zakat (MAIWP/PPZ & LZN negeri): Untuk asnaf/miskin setempat (tambahan kepada bantuan kerajaan b40).
- JKM (KPWKM): Wang bantuan duit kerajaan secara bulanan/sekali bayar untuk kanak-kanak, OKU, warga emas & kes kesusahan.
- Pengangkutan: pas pengangkutan awam (Rel/Bus My50) & insentif mobiliti tertentu.
- Pendidikan: Kerajaan bagi duit bantuan awal persekolahan, dana geran/peranti & skim pembiayaan (rujuk KPM/KPT/PTPTN/MARA).
- Usahawan: Bantuan mikro kredit dan juga pemberian geran (TEKUN, BSN, MARA, SME Corp, Agrobank), latihan & penempatan kerja (HRD Corp/PERKESO).
- Perumahan: Melibatkan pembinaan dan penyediaan tawaran Rumah PPR/PPRT, PR1MA & skim jaminan pembiayaan (SJKP/BSN).
- Utiliti & Digital: Rebat elektrik golongan layak dan juga Pakej Perpaduan Internet (MCMC/KKD).
- Subsidi Minyak: Kerajaan telah menetap subsidi kuota minyak yang diberikan kepada warganegara Malaysia yang layak setiap bulan
1) STR & SARA
Info bantuan pemerintah terbaru berkaitan dengan str dan sara adalah seperti berikut:
STR – Sumbangan Tunai Rahmah (LHDNM)
- Apa Itu: Sumbangan kerajaan secara berfasa (Dari fasa 1–4, tertakluk jadual 2026).
- Siapa Layak: Isi rumah, golongan bujang warga emas tiada pasangan (mengikut had pendapatan & dokumen).
- Semak/Mohon: Portal MySTR → kemaskini profil, akaun bank aktif (nama ≡ MyKad), status perkahwinan & anak.
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan sumbangan tunai rahmah, boleh teruk klik link pautan ini LHDN Semakan STR. Boleh tahu samada anda lulus atau tidak
SARA / MyKasih – Tebus Barangan Asas Rahmah
- Apa Itu: Kredit tanpa tunai menggunakan MyKad untuk 14 kategori (beras, minyak, telur, roti, tenusu, biskut, mi segera, makanan tin, bahan perasa, kebersihan diri/rumah, ubat OTC, barangan sekolah).
- Tebus: Kedai MyKasih (imbas MyKad di POS).
- Semak status & baki: Portal semakan MyKasih (IC + captcha) / MyKasih App / minta juruwang imbas dan scan di kaunter.
Jika anda nak tahu apa beza Bantuan Kerajaan SARA Bukan Ekasih
Zakat (MAIWP/PPZ & LZN Negeri)
Apa Itu: Insentif tunai/barangan/perubatan/sewa/bil & program pemerkasaan asnaf.
Tindakan: Rujuk laman portal Zakat di setiap negeri (syarat asnaf, borang, temu janji).
2) JKM – Bulanan & Sekali Bayar
- Kanak-Kanak (BKK)
- OKU: Elaun Pekerja Cacat (EPC), Penjagaan OKU Terlantar (BPT), alat sokongan.
- Warga Emas (BWE)
- Sumbangan Am Persekutuan (kes kecemasan/tiada pendapatan sementara)
- Cara mohon: Pejabat JKM daerah / portal rasmi. Sediakan MyKad, bukti pendapatan/tempat tinggal & dokumen berkaitan.
3) Pengangkutan
- Pas Rel & Bas (My50/consesi): Tambang bulanan bersepadu untuk bandar terpilih.
- Bantuan yang diberikan oleh kerajaan melibatkan Geran/Insentif Mobiliti: Mengikut pengumuman (latihan/penempatan kerja, relokasi, dll.).
4) Hartanah & Perumahan
- PPR / PPRT (KPKT/KPLB): sewaan/baik pulih kepada B40 & rentan.
- PR1MA: pemilikan rumah mampu milik (penapisan kelayakan & kuota).
- SJKP/BSN: skim jaminan pembiayaan/produk pinjaman rumah B40.
Tip: Sediakan CCRIS/rekod pendapatan, penyata KWSP & bukti kerja sendiri (jika berkaitan).
Ramai yang sedang tunggu tarikh Duit STR Bila Masuk dalam akaun bank
5) Pendidikan

- Inisiatif Awal Persekolahan (KPM): bayaran sekali setahun untuk murid layak.
- Peranti/Tablet Pelajar B40 (jika diumumkan): mohon ikut garis panduan sekolah/ IPT.
- PTPTN/MARA: Pinjaman & biasiswa; pengecualian/diskaun tertakluk syarat (keputusan cemerlang/terma semasa).
Ingat: Elak terpengaruh dakwaan “percuma automatik”; sentiasa semak syarat rasmi.
6) Bantuan Kewangan RM100 (SARA) 2026
- SARA RM100 one-off: jika diaktifkan 2026, ia dikreditkan ke MyKad (bukan tunai bank), tebus di kedai rakan MyKasih dalam tempoh sah.
Ramai nak tahu, benarkah Bayaran STR Fasa 4 pada 18 Oktober.
7) Bantuan 2026 Penjawat Awam & Pesara
- Bonus / Sumbangan Khas: Jumlah & tarikh tertakluk kepada pengumuman Belanjawan 2026.
- Kenaikan/penyelarasan: Rujuk pekeliling JPA/Kementerian Kewangan.
8) OKU & Warga Emas
- Kad OKU (JKM): akses konsesi tambang, peluang pekerjaan kuota, rebat tertentu.
- Alat sokongan/pemulihan: JKM/KKM/Zakat (kerusi roda, pendengaran, fisioterapi).
- Penjagaan komuniti/rumah jagaan: JKM/NGO berdaftar.
9) Senarai Bantuan Kerajaan 2026 Keluarga, Ibu Tunggal & Kanak-Kanak
- Ibu/Bapa Tunggal (JKM/Zakat): Duit kerajaan bagi dalam bentuk wang tunai & barangan asas.
- sekolah negeri: mengikut DUN/agensi negeri (uniform, pengangkutan, biasiswa kecil).
- Taska/Tadika: subsidi yuran terpilih (KPWKM/agensi negeri).
Jangan lupa gunakan duit yang telah kerajaan salurkan menerusi sara dengan beli barang melalui Senarai Kedai Mykasih
10) Usahawan & Pekerjaan
- TEKUN Nasional: Insentif modal mikro (pakej asas/Belia/Wanita).
- BSN Micro/BSN Dana Niaga, SME Corp (GERAK dsb.), MARA Keusahawanan: geran/kredit & bimbingan.
- Agrobank: pembiayaan untuk petani/nelayan.
- HRD Corp / PERKESO: latihan, sijil kemahiran, insentif penggajian, penempatan kerja.
Tip: Sediakan profil perniagaan, penyata bank 6–12 bulan, lesen/SSM, ringkasan aliran tunai.
11) Rebat Elektrik & Digital
- Rebat Elektrik(KETSA/Tenaga): syarat kuota & kategori kediaman.
- Pakej Perpaduan Internet/Jalur Lebar (KKD/MCMC): pelan mampu milik internet untuk B40, pelajar & warga emas.
12) Bantuan 2026 Subsidi Minyak
- Pendekatan kerajaan sekarang mahu menumpukan senarai subsidi kerajaan Malaysia melibatkan minyak bersasar di bawah skim Budi Madani.
Beza Sumbangan Kerajaan 2025 vs 2026
| KATEGORI | 2025 | 2026 |
| STR bujang | Tunai, sekitar RM600 setahun | Tiada. Ganti SARA RM600 setahun |
| SARA penerima STR | Terpilih, lokasi terhad | Lokasi kedai yang terpilih untuk dibelanjakan semakin bertambah |
| JKM | Kadar ikut skim semasa | Diteruskan. Tiada perubahan setakat ini |
Rujukan & Pautan Rasmi
Boleh rujuk beberapa portal rasmi bantuan 2026 kerajaan malaysia, untuk dapatkan info yang lebih lanjut.
- LHDNM/STR – Portal malaysia: semakan & bayaran bantuan kerajaan 2026 STR/SARA
- SARA.gov.my / MyKasih: kedai rakan, transaksi & baki SARA
- JKM: semua bantuan kebajikan (kanak-kanak/OKU/warga emas/am)
- KPM, KPT, PTPTN, MARA: pendidikan & pembiayaan
- KPKT, PR1MA, SJKP, BSN: perumahan & pembiayaan rumah
- KKM: Skim kesihatan & alat sokongan perubatan
- MOT/Prasarana: pas pengangkutan (Rel/Bus, konsesi)
- MCMC/KKD: Bantuan rakyat B40 melibatkan pakej internet mampu milik bagi tahun 2026.
- Zakat/Baitulmal negeri: Kategori penerima asnaf setempat

