Semakan STR Login LHDN

semakan STR login LHDN online

Perlu akses link semakan STR login LHDN untuk dapatkan status online di portal mystr bantuantunai.hasil.gov.my 2026, kemaskini maklumat, atau check jadual bayaran sumbangan tunai rahmah?

Tetapi ramai juga yang agak keliru bagaimana cara untuk buat semakan sumbangan tunai rahmah 2026 dengan cara yang betul dan tepat.

Panduan ini menerangkan langkah tepat dari skrin ‘Log Masuk’ hingga ke paparan dashboard.

Ini termasuk cara daftar akaun baharu, reset kata laluan, selesaikan ralat OTP, serta tip keselamatan penting agar anda dapat akses dengan lancar, pantas, selamat dan stabil.

Senarai ringkasan Pembentangan Belanjawan 2026 STR, apa yang terbaru?

Sesuai dengan kepesatan agensi kerajaan termasuk melibatkan lhdn, sistem online diperkenalkan dan dibangunkan untuk memudahkan penerima bantuan membuat semakan.

  1. Layari portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Klik Log Masuk MySTR.
  3. Masukkan butiran No. MyKad dan kata laluan.
  4. Sahkan captcha dan tekan Log Masuk.
  5. Akses Dashboard dan semak Status Permohonan.

Semakan STR 2026 Online Tanpa Log Masuk

Anda boleh sebenarnya memantau kemasukan bayaran bantuan melalui perbankan internet dari masa ke semasa. Walaubagaimanapun, jika anda mahu lihat butiran yang lebih lengkap, anda perlu juga semak terus di portal STR online.

Bantuan November bulan ini yang rakyat Malaysia dapat sekarang ini
  1. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan melayari portal bantuantunai.hasil.gov.my dengan akses guna ic dan password yang telah anda tetapkan .
  2. Kemudian pilih Log Masuk MySTR.
  3. Masukkan No. MyKad dan kata laluan.
  4. Sahkan captcha dan tekan Log Masuk.
  5. Buka menu Status Permohonan.
  6. Lihat status kelulusan, jumlah bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan, dan proses bayaran mengikut fasa.

Jika akaun belum wujud: Daftar akaun baharu. Lengkapkan maklumat yang diperlukan selengkapnya. Simpan kata laluan dengan selamat.

Jika terlupa kata laluan: Guna fungsi Lupa Kata Laluan. Sahkan OTP. Tetapkan kata laluan baharu.

Tip keselamatan: Elakkan pautan meragukan. Jangan kongsi OTP kepada sesiapa.

Sila log masuk semula jika ada masalah Duit STR Tak Masuk Lagi untuk check rekod transaksi di portal
  • Nombor MyKad yang sah.
  • Kata laluan MySTR.
  • Nombor telefon yang berdaftar dengan sistem LHDN untuk menerima OTP.
  • E‑mel aktif, jika diminta.

Semakan STR Fasa 4 Login di Kaunter LHDN

Anda juga boleh lakukan login semakan STR 2026 di kaunter di cawangan LHDN terpilih.

Sebelum hadir:

  • Semak senarai cawangan yang menerima urusan STR.
  • Pilih hari bekerja dan masa sesuai.
  • Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan oleh kakitangan yang bertugas.

Dokumen lazim:

  • MyKad pemohon dan pasangan.
  • Sijil nikah atau dokumen status perkahwinan.
  • Sijil lahir anak atau dokumen penjagaan sah.
  • Bukti pendapatan atau pengesahan tiada pendapatan.
  • Bukti alamat jika diminta.

Proses di kaunter:

  1. Ambil nombor giliran dan nyatakan tujuan lhdn semakan status STR.
  2. Serahkan dokumen untuk pengesahan pegawai.
  3. Buat Lhdn Semakan status dengan pegawai bertugas.
  4. Dapatkan cetakan ringkas jika diperlukan.
  5. Tahu tarikh atau fasa bayaran seterusnya.

Senarai LHDN Semakan Status STR 2026

StatusMaknaTindakan
Permohonan diterimaBorang anda sudah diterima sistem lhdn.Tidak perlu sebarang tindakan.
Dalam semakan / dalam prosesLHDNM sedang menilai kelayakan.Tunggu sehingga pem. Elak hantar semula permohonan.
Semakan STR 2026 LulusLayak menerima bayaran.Semak tarikh bayaran untuk anda mula terima duit bantuan.
Lulus – pengesahan akaun bank diperlukanLulus, akaun belum sah/tiada.Kemas kini akaun bank yang aktif
Tidak lulus / tidak layakTidak memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkanSemak sebab ditolak, terus buat dan hantar Rayuan Str selepas permohonan kali pertama gagal dan ditolak
Rayuan diterimaDokumen rayuan telah diterima.Tunggu keputusan.
Status Rayuan diluluskanRayuan berjaya, layak dibayar.Nantikan tarikh bayaran yang telah ditetapkan
Rayuan tidak diluluskanSemakan Str 2026 menunjukkan Rayuan anda telah ditolak.Semak alasan. Sila buat rayuan semula.
Dikreditkan / kredit ke akaun (tarikh)Duit telah berjaya masuk ke akaun bank andaSahkan transaksi denagn check di perbankan internet anda.
Dalam proses pengkreditanBayaran sedang dihantar ke bank.Tunggu 1–3 hari bekerja untuk kemas kini.
Gagal kredit (GC)Duit bantuan gagal dikreditkan ke akaun bank anda.Sila kemaskini akaun bank anda yang terbaru.
Tunai di kaunter BSNBayaran tunai melalui BSN.Bawa MyKad ke cawangan BSN yang berdekatan dengan anda pada tarikh ditetapkan.
Akaun bank tidak aktif / maklumat bank tidak sahAkaun tidak boleh digunakan.Kemaskini segera
Perlu kemaskini maklumatData tidak lengkap dan sepadan dengan maklumat terkini agensi kerajaan Malaysia.Sila kemaskini segera
Tiada rekodTiada permohonan ditemui.Semakan STR 2026 Guna Ic anda. Jika masih belum mohon, sila hantar permohonan anda.

Checklist Bila Gagal bantuantunai.hasil.gov.my Login STR Online

Jika anda ada masalah untuk login sumbangan tunai rahmah, anda perlu check semula penyelesaian yang boleh dilakukan. Antaranya ialah:

portal mystr online
  • Betulkan ejaan IC dengan tanpa jarak.
  • Kosongkan cache dan cookie pelayar web yang digunakan
  • Cuba rangkaian atau peranti lain pula jika peranti sediaada bermasalah.
  • Reset kata laluan jika banyak percubaan masih gagal.
  • Dapatkan bantuan di kaunter LHDN jika perlu.
JIKA Lupa Kata Laluan STR, apa yang perlukan dilakukan?

Jaga Keselamatan Akaun

Keselamatan anda perlu dijaga supaya tidak mudah terlibat dengan kes penipuan atau diceroboh. Ada beberapa kaedah yang perlu dititikberatkan bagi mengelakkan masalah ini berlaku, antaranya ialah:

  • Pastikan anda semua akses link str login di portal rasmi LHDN sahaja, bantuantunai.hasil.gov.my login 2026.
  • Jangan sesekali berkongsi butiran OTP atau kata laluan kepada sesiapa pun. Pastikan nombor telefon anda masih aktif dan ada rangkaian telco.
  • Elakkan sama sekali menggunakan aplikasi pihak ketiga kononnya mewaliki sistem str online.
  • Anda perlu gunakan kata laluan yang kuat dan unik.
  • Kena log terus keluar selepas selesai bagi mengelakkan akaun anda diceroboh

Soalan Lazim

Jika akaun anda mengalami masalah sekatan, boleh terus hubungi LHDN untuk semakan identiti.

Anda hanya perlu sediakan butiran seperti IC, nombor telefon berdaftar, dan emel. Kemaskini nombor telefon jika perlu bersama-sama dengan Dokumen Sokongan STR.

1. Perlu log masuk link STR setiap tahun?

Ya, untuk kemaskini dan semakan.

2. Mana lagi senang buat semakan sumbangan tunai rahmah secara online di kaunter lhdn?

Semestinya lakukan semakan secara online lebih mudah dan senang. Boleh dibuat semakan di mana sahaja, bila-bila masa.

3. Mengapa ada kalanya apabila saya akses ke laman portal, sukar untuk dicapai?

Ini bermaksud trafik sedang sesak disebabkan pengunjung web yang tinggi. Kami sarankan cuba sekali di waktu luar puncak. Contoh waktu petang atau tengah malam.

Kami nasihatkan, untuk setiap kali mahu login portal Sumbangan Tunai Rahmah STR online buat pada waktu bukan puncak. Adakala akses tergendala jika trafik tinggi.

Scroll to Top