Duit Dalam Mykad – Check & Cara Guna

cara check duit dalam mykad

Cara Check Duit Dalam Mykad dan guna kad pengenalan untuk bayar tol dan di kedai ekasih.

Bila orang ramai tanya apa itu “duit dalam mykad”? Sebenarnya yang dimaksudkan ialah duit kredit bantuan kerajaan yang disalurkan terus ke kad pengenalan anda yang layak menerimanya.

Contoh yang paling popular adalah pemberian SARA/MyKasih, atau kempen bantuan SARA RM100 One-Off ke MyKad yang diumumkan kerajaan Malaysia.

Pengagihan bantuan ini dalam bentuk pemberian wang tunai, tetapi nilai kredit yang disalurkan terus dalam kad pengenalan anda untuk tebus barangan di kedai yang meneyrtai program MyKasih.

Senarai Bantuan 2026 yang diberikan pemerintah kerajaan Malaysia kepada rakyat Malaysia yang layak

Cara Cek Duit Dalam MyKad

Ada tiga cara mudah check duit dalam mykad:

  1. Portal / App MyKasih – Log masuk, masukkan No. Kad Pengenalan 12 digit anda, sahkan OTP, dan terpapar status + baki duit dalam kad pengenalan yang tinggal setakat ini.
  2. Di kaunter kedai mykasih – Beritahu juruwang “semak MyKasih”, imbas MyKad di POS; baki akan dipaparkan.
Bagaimana Cara Keluarkan Duit Dalam IC, boleh ker? ikuti penjelasan kami di sini

Punca & Sebab Kerajaan Bagi Duit Dalam MyKad

Kenapa kerajaan guna MyKad untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia, bukan melalui bank?

  • Cepat & lebih bersasar – Kerajaan Malaysia dapat salurkan bantuan terus kepada kumpulan sasaran (semua rakyat Malaysia yang layak) tanpa perlu melalui proses yang rumit dengan pihak bank.
  • Kawal perbelanjaan barangan asas – Dapat memastikan penerima menggunakan duit bantuan untuk pembelanjaan melibatkan barangan keperluan asas seperti beras, minyak, telur, roti, sayur, dan kebersihan diri.
  • Mengurangkan ralat bayaran bank – Elakkan isu akaun tak aktif atau gagal kredit.
  • Mudah & senang – Memudahkan ketelusan agihan.
STR Kategori Bujang yang sudah tiada lagi kerana digantikan dengan sara

Cara Check Bantuan Duit Dalam MyKad Diberikan Kerajaan Madani

Antara beberapa jenis pemberian duit bantuan kad pengenalan yang diagihkan oleh kerajaan Madani Malaysia:

Bantuan RM100 MyKad

  • Jika kerajaan umum one-off RM100 ke MyKad, semakan biasanya melalui portal MyKasih/SARA atau pengumuman MySTR (jika dikaitkan dengan penerima STR).
  • Pastikan No. MyKad tepat, dan nombor telefon berdaftar aktif untuk menerima OTP.
MyKasih Tempat Beli Barang dengan menggunakan kad pengenalan daripada pemberian bantuan kerajaan

Bantuan MyKad MADANI RM50 Sebulan Untuk Bujang

  • Kerajaan memperkenalkan bantuan kredit bulanan untuk bujang, melalui program MyKasih/SARA.
  • Perhatian: Jumlah, kategori layak, dan tempoh sah bergantung pengumuman rasmi. Sentiasa rujuk laman rasmi untuk mendapatkan info dan maklumat yang terkini.
Barang Yang Boleh Dibeli Guna MyKasih dengan menggunakan kad pengenalan anda

Cara Bayar Guna Duit Dalam Kad Pengenalan Untuk Tol & Kedai SARA

Di Kedai SARA/MyKasih

  1. Pilih barangan layak (tanda “Layak MyKasih” atau minta juruwang semak kod bar).
  2. Di kaunter, serahkan MyKad untuk diimbas.
  3. Nilai akan ditolak automatik daripada baki SARA pada MyKad.
  4. Semak resit – jumlah ditolak & baki semasa.

Untuk Bayaran Tol Lebuhraya

  • Bantuan MyKad (SARA/RM100 dsb.) sama sekali tidak boleh digunakan untuk bayaran tol.
  • Tol menggunakan Touch ‘n Go kad/RFID atau pembayaran nirtunai tertentu. Walaupun MyKad pernah disepadukan dengan TnG sebelum ini, baki bantuan MyKasih pada MyKad tidak boleh diguna untuk bayaran tol.

Cara Semak Baki Duit Dalam MyKad

  • Portal/App MyKasih – Paparan baki, sejarah transaksi dan tarikh luput.
  • Imbas di kaunter – Minta juruwang imbas MyKad sebelum bayar; lihat baki di skrin/ resit.
  • Simpan resit – Anda boleh rujuk jumlah tebusan bulanan yang telah dilakukan dari masa ke semasa.

Penutup

Anda pelru ingat di sini, bantuan kredit ini bukan dalam bentuk tunai. Ia khusus untuk digunakan semasa membeli barangan asas yang diluluskan dan juga membayar tol.

Dengan langkah dan cara yang betul, perbelanjaan keluarga lebih terurus, dan bantuan kerajaan sampai tepat kepada yang memerlukan.

Scroll to Top