
Musim tarikh bayaran STR Fasa 1 2026 sentiasa dinanti kerana inilah fasa pembuka tahun yang menentukan aliran tunai awal untuk ramai isi rumah, warga emas, dan bujang.
Artikel ini merangkum tarikh rasmi, jumlah bayaran setiap kategori, serta cara semakan yang sah di portal kerajaan.
Semua maklumat dirujuk terus daripada pengumuman MOF dan LHDNM/STR supaya anda boleh bertindak cepat dan tepat.
STR 2026 - Info Portal Sumbangan Asas Rahmah & Bantuan Tunai Rahmah
Semakan Tarikh Bayaran STR Fasa 1
Kerajaan memulakan STR 2025 Fasa 1 secara berperingkat sekitar bulan Januari 2026 ini. Penyaluran pembayaran dibuat melalui proses pengkreditan ke akaun bank penerima yang berdaftar atau tunai terus di BSN.
Tarikh STR fasa 1 2026 ini akan disahkan melalui siaran dan hebahan rasmi LHDNM serta pengumuman MOF tidak lama sahaja lagi.
Manakala untuk semua rakyat Malaysia jangan lupa dengan pemberian khas dari kerajaan malaysia melalui bantuan SARA One Off
Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2026
Setakat ini masih belum ada lagi jumlah pembayaran STR Fasa 1 2026 yang dikongsikan oleh kerajaan Malaysia dan LHDN.
Maklumat lanjut akan kami kemaskini tidak lama selepas menerima pengumuman rasmi dari lhdn.
Untuk bantuan yang lebih lengkap berkaitan jumlah pembayaran yang diberikan kerajaan Malaysia, boleh rujuk Jumlah STR 2026
STR Bujang 2026 Fasa 1
Mulai 2026, kategori bujang 21–59 tahun tidak lagi menerima bayaran tunai STR. Untuk Fasa pertama, tiada kredit STR dimasuk ke akaun bank bagi bujang.
Bantuan diganti dengan SARA RM50 sebulan (RM600 setahun) dan dibelanjakan secara tanpa tunai menggunakan MyKad di kedai rakan MyKasih, tertakluk kelulusan permohonan dari anda
Pengecualian penting: Jika anda Warga Emas Tiada Pasangan (≥60 tahun), anda kekal menerima STR RM600 setahun dan bayaran dibuat mengikut fasa – ini berbeza daripada kumpulan bujang 21–59 tahun.
Bagaimana pula dengan Syarat Layak STR Berkahwin
Semakan STR Fasa 1 2026
Cara paling mudah untuk anda semak kelulusan dan bayaran ialah di portal rasmi STR:
- Sila layari portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my → Log Masuk.
- Kemudiannya perlu pilih Maklumat Pembayaran untuk melihat status & jumlah Fasa 1.
- Jika status memaparkan Gagal Kredit, rujuk arahan tebus tunai di BSN yang berhampiran dengan anda.
LHDNM menegaskan pembayaran dibuat berperingkat sepanjang tarikh bulan Januari 2026 yang telah ditetapkan.
Rujukan Rasmi & Pengumuman
Jika anda mahu rujuk maklumat lanjut boleh akses terus ke laman web dan portal yang telah kami senaraikan di bawah ini:
- Siaran Media MOF: Akan mengesahkan samada pembayaran fasa 1 akan dilakukan bulan januari 2026 ini.
- Maklumat Terkini STR (LHDNM): Portal rasmi LHDN akan berkongsi pengumuman jadual dan tarikh pembayaran STR fasa 1 2026, kaedah pembayaran (kredit bank/BSN), dan pautan FAQ khusus untuk bayaran Fasa pertama.
- Hebahan Rasmi di Facebook: Berkongsi maklumat terkini berkaitan fasa 1
SUMBER: Facebook LHDN, Portal LHDN, MOF
Soalan Lazim (FAQ)
1) Tarikh bayaran STR 2026 fasa 1 masuk serentak ke semua bank?
Tidak sama sekali. Penyaluran bantuan dibuat secara berperingkat mengikut bank dari masa ke semasa.
2) Adakah jumlah Fasa 1 sama untuk semua?
Tidak. Ia bergantung kategori & pendapatan penerima
Penutup
Untuk bantuan STR Fasa 1 2026, kita boleh fokus utama ialah dua perkara: tarikh yang dijangka sekitar Januari 2026 dan jumlah fasa 1 mengikut kategori,
Anda boleh gunakan portal MySTR sebagai sumber rujukan utama, dan anda perlu ambil tindakan pantas jika munculnya status Gagal Kredit (untuk tuntut tunai di BSN dan kemaskini akaun bank).
Semakan juga boleh dibuat pada saluran rasmi MOF/LHDNM, bagi mengelak maklumat yang mengelirukan dan memastikan bantuan diterima cepat, tepat, dan selamat.

