
Borang Permohonan STR 2026 online atau di kaunter lhdn yang ada ini penting untuk anda isi dengan betul & tepat memastikan bantuan sampai kepada isi rumah yang benar-benar layak.
Oleh sebab itu, kami kongsikan panduan dan tips yang menerangkan proses penuh daripada pendaftaran sehingga hantar permohonan.
Anda juga akan belajar mengelakkan ralat biasa yang sering berlaku dikalangan pemohon sehingga menyebabkan mystr permohonan baru anda ditolak.
Ikuti setiap langkah demi langkah di bawah ini supaya proses isi borang permohonan str anda berjalan dengan lancar, cepat, mematuhi garis panduan rasmi kerajaan tanpa sebarang masalah.
Kemaskini str untuk tukar maklumat akaun bank, status berkahwin
Cara Mohon STR Online – Langkah Demi Langkah
- Seperti biasa pergi ke portal rasmi kerajaan, bantuantunai.hasil.gov.my.
- Klik butang Daftar / Log Masuk MySTR.
- Jika anda merupakan pengguna baharu, pilih pilihan Daftar Akaun dan sahkan OTP.
- Sila Log masuk menggunakan No. MyKad dan kata laluan yang telah anda tetapkan sebelum ini.
- Pilih menu Permohonan Baharu.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon pada borang str online seperti yang tertera pada MyKad anda.
- Isi Maklumat Pasangan dan Anak Tanggungan jika berkaitan.
- Masukkan butiran Pendapatan Bulanan/Tahunan dan Sumber Pendapatan dengan tepat.
- Tetapkan Alamat Surat‑Menyurat dan Alamat Kediaman yang masih lagi aktif.
- Pilih Bank Pilihan dan semak nombor akaun atas nama anda sebagai pemohon yang masih lagi aktif.
- Muat naik dokumen sokongan yang diminta. Guna JPG/PNG/PDF yang jelas menunjukkan butiran yang kerajaan perlukan.
- Pastikan fail tidak melebihi had saiz yang dinyatakan di portal.
- Semak semula ringkasan. Tandakan Aku Janji/Pengesahan.
- Klik Hantar dan simpan nombor rujukan.
- Muat turun atau cetak resit/rekod permohonan untuk simpanan.
- Semak status di Dashboard → Status Permohonan str online apabila telah keluar pengumuman tarikh bayaran str.
Nak tahu status lulus atau tidak, boleh terus cek di butang semakan str di ruangan Dashboard Akaun Portal anda
Tip pantas: Tutup tab lain di browser anda semasa muat naik, pastikan internet stabil, dan elak autofill yang adakal boleh mengubah ejaan nama.
Penyelesaian segera: Jika captcha tidak muncul, muat semula halaman atau cuba pelayar lain. Jika OTP lewat, tunggu 2–3 minit dan mohon semula kod.
Permohonan Mystr di Kaunter LHDN/UTC – Proses & Tips
Siapa layak jika ikut syarat str bujang, isi rumah berkahwin
Sebelum hadir:
- Semak cawangan/UTC yang mengurus urusan mohon STR dan waktu operasi yang terkini.
- Bawa dokumen asal dan salinan yang jelas untuk percepat proses permohonan sumbangan tunai rahmah anda.
- Sediakan nombor telefon aktif untuk pengesahan OTP jika diperlukan.
- Datang awal pada hari bekerja atau guna sistem temu janji jika disediakan.
Proses di kaunter:
- Ambil nombor giliran dan nyatakan anda mahu membuat Permohonan STR.
- Pegawai mengesahkan identiti melalui MyKad dan semakan sistem.
- Lengkapkan borang permohonan str di terminal/borang fizikal di bawah bimbingan pegawai yang bertugas pada ketika itu.
- Serahkan dokumen sokongan untuk diperiksan dan disahkan oleh pegawai yang bertugas di kaunter lhdn.
- Pegawai akan semak mengesahkan butiran permohonan.
- Terima slip pengesahan/nombor rujukan untuk rujukan anda.
Tips: Pastikan alamat, pendapatan, dan maklumat tanggungan sepadan dengan dokumen rasmi. Gunakan akaun bank atas nama anda sebagai pemohon.
Jika barisan panjang: Datang di luar waktu puncak, atau semak cawangan jika ramai. Sediakan salinan tambahan untuk elak ulang cetak.
Panduan Cara Isi Borang Str – Elak Ralat Biasa
- Nama dan IC: Ikut MyKad sepenuhnya, tanpa ruang atau simbol.
- Alamat: Gunakan alamat semasa dan pastikan poskod betul.
- Pendapatan: Nyatakan angka tepat, bukti gaji atau akuan tiada pendapatan.
- Bank: Gunakan akaun atas nama pemohon, aktif dan boleh menerima duit bantuan.
- Dokumen: Gambar dokumen mestilah terang, tidak kabur dan jelas.
- Ulangan rekod: Elak pendaftaran str dua kali. Gunakan akaun sedia ada.
Maklumat Pasangan & Anak Tanggungan – Cara Isi Dengan Betul
Pasangan:
- Masukkan nama penuh dan No. MyKad seperti kad pengenalan.
- Nyatakan status perkahwinan terkini (kahwin, cerai, balu/duda).
- Muat naik dokumen sokongan seperti sijil nikah atau sijil cerai jika relevan.
Anak tanggungan:
- Isi nama penuh, No. MyKid/MyKad, dan tarikh lahir yang tepat.
- Tandakan status sekolah/pendidikan jika diminta.
- Nyatakan hubungan sah (anak kandung, angkat, atau jagaan sah).
- Pastikan tiada pertindihan tuntutan antara ibu bapa.
Syarat Permohonan Str
Kami ada kongsikan maklumat penting untuk info berkaitan syarat kelayakan str 2026, boleh semak dan baca sebelum anda mohon, isi borang str kepada pihak lhdn.
Semua Penerima Baru & Lama Perlu Daftar Str 2026
Tidak kira anda pemohon baru atau penerima yang sedia ada, anda wajib hantar permohonan baru str 2026.
Anda oleh mula isi bermula 13 Oktober untuk tempoh sepanjang
Soalan Lazim
1) Perlu mohon str setiap tahun?
Tidak perlu. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan kemaskini maklumat setiap tahun supaya rekod yang anda berikan tepat dan terkini.
2) Akaun bank bersama boleh digunakan ketika hantar str 2026 permohonan baru?
Disaran guna akaun atas nama anda sendiri sebagai pemohon untuk mengelakkan permohonan bantuan rahmah anda ditolak
3) Tiada slip gaji, bagaimana nak buktikan pendapatan ketika hantar permohonan?
Gunakan surat pengesahan majikan atau Akuan Sumpah jika tiada bukti pendapatan.
Penutup
Permohonan STR 2026 tidak rumit jika anda ikut sahaja panduan dan tips yang telah kami kongsikan seperti di atas. Boleh dilakukan di portal MySTR atau hadir ke kaunter LHDN/UTC.
Pastikan semua maklumat diisikan dengan tepat, menyediakan dokumen yang jelas, dan akaun bank yang masih lagi aktif.
Dalam pada masa juga, anda perlu simpan nombor rujukan setiap kali menghantar borang. Rujuk setiap pengumuman rasmi kerajaan supaya proses berjalan lancar tanpa sebarang ralat.

