
Bantuan bulan november ini dibayar kepada rakyat Malaysia yang layak.
Setiap bulan ada sahaja bantuan yang diagihkan pada setiap bulan dari Januari melibatkan STR Fasa 1 2026, Februari Mac hingga November Disember.
Antara bantuan yang diberikan pada setiap bulan adalah seperti budi madani, SARA, Mykasih, JKM, dan juga dari pusat zakat.
Anda boleh semak apa yang dibayar, bila tarikh kemasukan, serta saluran sumber rujukan yang tepat.
Bantuan 2026 Malaysia kepada rakyat Malaysia yang layak
Bayaran Bantuan Bulan November Ini
1) STR – Sumbangan Tunai Rahmah
STR dibayar mengikut fasa. Walaubagaimanapun tiada bantuan bulan ini untuk bayaran bantuan bulan November. Ini kerana Bayaran fasa 4 telah pun diselesaikan pada bulan Oktober yang lalu.
Yang bagusnya bayaran diawalkan, STR Fasa 4 18 Oktober
2) SARA / MyKasih
SARA dikreditkan tanpa tunai terus ke MyKad. Hanya barangan yang dilabel “Layak MyKasih” akan lulus di kaunter. Yang bagusnya bantuan ini diagihkan terus ke kad pengenalan pada setiap bulan untuk berbelanja di kedai yang terpilih.
Semak baki melalui aplikasi MyKasih atau boleh juga minta cashier scan MyKad anda di kaunter.
MyKasih Semakan SARA secara online samada layak atau tidak terima kredit terus ke ic anda
3) JKM – Bantuan Kebajikan Bulanan
Bantuan JKM diberikan sepanjang tahun. Tarikh bayaran berbeza mengikut daerah dan kelulusan kes.
Antara skim bantuan yang popular ialah Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Warga Emas, dan bantuan berkaitan OKU. Hubungi pejabat JKM daerah untuk jadual yang lebih tepat. Bawa MyKad, bukti pendapatan, dan bil utiliti untuk semakan.
4) Zakat – Inisiatif Negeri
Bantuan zakat bergantung kepada skim setiap negeri. Antara bentuk bantuan ialah tunai, barangan asas, pendidikan, dan perubatan. Semak laman web atau media sosial rasmi lembaga zakat negeri anda.
Pendaftaran dan temujanji lazimnya dilakukan secara atas talian. Bawa dokumen lengkap untuk mempercepatkan proses.
5) BUDI MADANI (Minyak Bersasar)
BUDI MADANI (minyak bersasar): Pemberian terus subsidi minyak dengan menggunakan kad pengenalan kepada pemohon yang layak.
Tarikh & Jadual Bayaran Bantuan Bulan Ini
Semakan Bayaran Bantuan SARA One Off RM100 yang akan diberikan ke semua rakyat Malaysia
- STR, lazimnya bayarannya telah pun selesai diagihkan pada bulan Oktober. Apabila tiba waktu pembayaran ia diagihkan mengikut batch bank dan senarai penerima. Tunggu antara satu sehingga tiga hari bekerja selepas tarikh pengumuman.
- SARA dibayar pada setiap bulan. Boleh tebus pada bila-bila masa dalam bulan tersebut, selagi tempoh sah masih berbaki.
- JKM dan zakat negeri mempunyai jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tarikh boleh berbeza mengikut cawangan. Sentiasa semak notis rasmi atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan mereka jika ada sebarang persoalan berbangkit.
SUMBER: Portal Malaysia.gov.my
Inisiatif Zakat & Bantuan Negeri Bulan November Ini
Pusat Zakat di setiap negeri menyediakan pelbagai skim mengikut keperluan masyarakat setempat. Skim bantuan sewa rumah, pendidikan anak, bantuan tunai, dan insentif rawatan perubatan sering dibuka sepanjang tahun.
Sesetengah negeri juga menawarkan bantuan khas mengikut musim. Contohnya, bantuan awal persekolahan atau program bakul makanan.
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menyediakan dokumen asas sebelum memohon. Anda bawa MyKad pemohon dan pasangan. Lampirkan bukti pendapatan atau penyata bank tiga bulan.
Sertakan juga bil utiliti atau perjanjian sewa sebagai bukti alamat. Untuk kes kecemasan, sila hadir ke kaunter zakat daerah terdekat dengan anda. Pegawai akan menilai kelayakan berdasarkan garis panduan asnaf.
Kami akan mengemaskini halaman bantuan bulan ini setiap kali ada pengumuman baharu daripada agensi rasmi.

