
Ramai yang masih keliru dengan senarai barang mykasih yang dibenarkan beli, barangan yang dilarang, had perbelanjaan, serta strategi membeli‑belah yang menjimatkan.
Gunakan panduan ini sebagai rujukan pantas sebelum anda ke kedai rakan MyKasih terpilih yang berdekatan dengan anda.
Apa yang perlu dilakukan jika berlakunya mykasih system down
Apa Itu Senarai Barang MyKasih 2025 & Cara Terus
Senarai Barang MyKasih merujuk kepada kategori barangan asas yang diluluskan untuk dibeli menggunakan kredit SARA di kedai rakan MyKasih terpilih. Penebusan biasanya dibuat melalui imbasan MyKad/ID di kaunter.
Cara semakan mykasih online samada status anda tidak layak, dalam proses, ataupun lulus.
Cara tebus ringkas cukup mudah:
- Pilih barangan asas rahmah untuk kategori dan jenama yang dibenarkan.
- Bawa ke kaunter dan nyatakan bayar guna MyKasih/SARA.
- Serahkan MyKad.
- Pihak kaunter akan scan kad pengenalan untuk semakan
- Semak baki bantuan barangan dapur pada resit dan simpan untuk rekod.
Nota: Senarai barang sara yang boleh dibeli dan mekanisme tebus boleh berbeza antara rakan kedai.
Antara kedai yang boleh guna sara mykasih banyak sebenarnya. Boleh rujuk LINK PAUTAN yang kami sertakan ini
Semakan Senarai Barang Mykasih Sara Mengikut Kategori
Mulai Mei 2025, satu kategori baharu iaitu Barangan Kebersihan Rumah ditambah. Secara keseluruhan terdapat 14 kategori di bawah senarai barang mykasih sara yang dibenarkan termasuk barang frozen, susu pekat, deodorant, di rakan kedai MyKasih (rujuk label “MyKasih” pada rak/terminal POS):
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman (contoh: malt/koko/teh/susu UHT)
- Makanan dalam tin
- Bahan perasa (kicap, sos, rempah asas)
- Produk kebersihan diri (deodorant mykasih, sabun, syampu, tuala wanita)
- Ubat‑ubatan OTC (ubat ringan berdaftar)
- Barangan persekolahan (alat tulis/pakaian/kasut sekolah tertentu)
- Barangan kebersihan rumah (kategori baharu Mei 2025) – detergen, pencuci pinggan, peluntur/pencuci lantai.
Barang Tidak Dibenarkan Beli Dengan MyKasih
Secara umum, bukan keperluan asas dan barangan terhad tidak dibenarkan, termasuk:
- Rokok, vape, tembakau & produk berkaitan.
- Minuman beralkohol, tiket loteri, dan barangan perjudian.
- Makanan mewah/siap saji premium, manisan berlebihan, minuman tenaga (bergantung polisi kedai).
- Kos perkhidmatan (bil utiliti, tambah nilai prabayar).
- Peralatan rumah bukan asas (barangan elektrik, alat tulis tertentu, kosmetik mewah).
- Barangan promosi tertentu yang tidak berlabel MyKasih di POS.
Had Perbelanjaan Bulanan & Had Setiap Transaksi
- Had bulanan: Mengikut kelayakan SARA semasa (contoh: kredit bulanan tetap). Baki tidak semestinya dibawa ke bulan seterusnya – rujuk terma semasa.
- Had transaksi: Sesetengah kedai menetapkan jumlah minimum/maksimum setiap transaksi MyKasih. Bahagikan pembelian jika perlu.
- Baki & resit: Semak baki di resit atau paparan kaunter selepas setiap transaksi.
Tips Pilih Barang Keperluan Asas Jimat & Berbaloi

- Rancang menu mingguan: utamakan protein asas, sayur bermusim, karbohidrat ruji.
- Bandingkan unit harga: kira harga per 100g/1L untuk pilihan paling berbaloi.
- Pilih pek ekonomi bagi barang kerap guna (beras, minyak, detergen).
- Elak pembaziran: beli makanan segar dalam kuantiti yang boleh dihabiskan.
- Manfaatkan promosi kedai: padankan dengan item yang layak MyKasih sahaja.
- Simpan resit & jejak baki untuk elak terlebih belanja hujung bulan.
Jenama Barang Mykasih Yang Dibenarkan Beli
Senarai jenama yang boleh claim mykasih list barang ialah:
- Beras: Jasmine, Faiza, Cap Rambutan, Super5
- Roti: Gardenia, Massimo, Mighty White
- Susu Tepung: Dutch Lady, Fernleaf, Marigold, Goodday, Dugro, Farm Fresh
- Telur: CP, NutriPlus, QL, Nutriplus
- Nugget: Ayamas, Ramly, CP
- Minyak masak: Saji, Alif, Buruh, Vesawit
- Tepung: Cap Sauh, Cap Lili, Blue Key
- Biskut: Munchy’s, Julie’s, Tiger, Chipsmore
- Mi segera: Maggi, Indomie, Cintan, Mamee, Bihun
- Senarai minuman mykasih: Milo, Dutch Lady, BOH, Nescafé, Horlicks
- Makanan dalam tin: Ayam Brand, TC Boy, Kimball
- Bahan perasa: Jalen, Life, Maggi, Habhal’s
- Kebersihan diri: Colgate, Dettol, Kotex, Deodorant Rexona
- Ubat‑ubatan OTC: Panadol, Hurix’s, Sterimar
- Persekolahan: Faber‑Castell, Staedtler, Bata
- Kebersihan rumah (baru): detergen pakaian, pencuci pinggan, pencuci lantai
Nota: Jika item ditolak di kaunter, semak label “Layak MyKasih” atau minta juruwang semak kod bar.
Contoh Barang Sara Makanan Segar Yang Layak Dibeli
- Ayam: Tidak kisah mana-mana. Tiada masalah.
- Ikan: kembung, selar, sardin segar; ikut stok & harga semasa.
- Sayur: sawi, kobis, kangkung, timun, terung, lobak.
- Telur: gred A/B/C (tray/paket).
Barang Dapur Asas Yang Layak
- Beras: putih/beras tempatan sebagai ruji.
- Gula: pasir/halus – ikut kawal selia semasa.
- Tepung: serbaguna/tepung gandum asas.
- Garam: iodin/halus.
- Minyak masak: sawit/kelapa (mengikut kelulusan POS).
Senarai Barangan Mykasih – Produk Tenusu, Roti & Makanan Kering
- Barang yang boleh dibeli dengan sumbangan asas rahmah kategori tenusu: susu segar/UHT, yogurt asas, keju asas (terhad).
- Roti & bijirin: roti sandwic/wholemeal, oat, bijirin sarapan ringkas.
- Barang yang boleh dibeli menggunakan ic kategori Makanan kering: mee, bihun, pasta, biskut asas, kekacang kering.
Keperluan Bayi dan Kebersihan Diri Yang Layak
- Senarai barangan asas rahmah melibatkan Bayi: susu formula baby kategori dibenarkan, lampin, tisu basah.
- Kebersihan diri: sabun mandi, syampu, ubat gigi, pencuci haid, tisu.
- Kebersihan rumah: detergen, pencuci lantai, sabun pinggan.
Promosi, Diskaun & Cara Maksimumkan Nilai Baki
- Pantau promosi mingguan kedai mykasih untuk item layak dibeli.
- Guna kad ahli kedai yang ada memberi mata/tebusan tambahan kepada anda setiap kali berbelanja.
- Utamakan barangan asas dahulu sebelum barang yang lain.
- Elakkan barang yang tidak layak walaupun terdapat tawaran diskaun yang tinggi.
Senarai Mykasih Deodorant
Berikut antara contoh jenama mykasih deodorant yang kebiasaannya yang anda boleh tebus mykasih (ergantung kod bar/label “Layak MyKasih” pada POS kedai):
Jenama popular:
- Rexona (Men/Women) – roll-on 50ml, stick
- Nivea (Men/Women) – roll-on 50ml, stick
- Dove – roll-on 50ml
- Garnier Men – roll-on 50ml
- Adidas – roll-on 50ml
- Dashing – roll-on 50ml
- Safi / Safi Men – roll-on 50ml
- Romano – roll-on 50ml
Apa Idea Senarai Barang Sara RM100
Dengan duit Rm100, sumbangan asas rahmah boleh beli apa?
Ada sebenarnya banyak yang boleh dibeli berdasar senarai barang sara RM100. Antaranya boleh susu dutch lady 3 kotak (RM16), detergen sabun basuh baju (RM19), beras 10 kg (Rm32), deodorant (RM10),
Soalan Lazim
1) Adakah semua senarai barang sara di pasar raya layak saya beli di bawah program mykasih sara?
Tidak. Hanya item yang ditandakan/diiktiraf sebagai layak MyKasih boleh dibeli dengan duit bantuan
2) Kenapa list barang mykasih tertentu ditolak semasa proses claim di kaunter?
Kemungkinan item tersebut tidak dalam kategori dibenarkan atau kod bar tidak tersenarai di bawah senarai barang sara
3) Bolehkah gabungkan duit bantuan MyKasih dengan wang tunai?
Boleh. Bayar item tidak layak dengan tunai/kad; barangan MyKasih untuk item yang layak. Atauoun boleh juga bayar sebahagian dengan duit bantuan bakinya bayar dengan duit tunai/kad kredit/kad debit. Tiada masalah
4) Baki MyKasih boleh dipindahkan ke bulan seterusnya?
Boleh. Tetapi ia tamat pada hujung bulan 12 tahun ini
Penafian
Senarai barang mykasih di atas boleh dikatakan sebagai panduan umum untuk anda berdasarkan jenama, senarai barang dibenarkan untuk anda beli di bawah program bantuan mykasih sara.
List item boleh berbeza mengikut kedai rakan niaga mykasih. Sentiasa rujuk paparan POS ataupun rak barang barang sara di kedai dan makluman rasmi MyKasih untuk pengesahan terkini.
Yang epnting jangan lupa sila habiskan duit anda sebelum 31 Disember 2025 ini.

