
Dokumen sokongan STR adalah merupakan bukti bertulis yang mengesahkan identiti, status keluarga, pendapatan, alamat, dan akaun bank pemohon.
Ianya bertujuan untuk bagi memastikan setiap maklumat yang anda sertakan dalam borang permohonan dan kemaskini adalah sahih dan tepat.
Selain itu ia membantu dari aspek kelulusan yang lebih cepat dan juga dapat mengelakkan ralat setiapkali semakan maklumat yang anda berikan kepada lhdn.
Dokumen Str yang bakal kami sertakan seperti di bawah ini amat diperlukan apabila anda mahu hantar permohonan baharu, kemaskini maklumat, dan permohonan rayuan.
Siapa Perlu Sediakan Dokumen Sokongan STR Bujang?
- Permohonan baharu: Wajib sedia bukti identiti, pendapatan, alamat, status perkahwinan, anak tanggungan (jika ada), dan akaun bank.
- Kemaskini: Sediakan hanya dokumen yang berubah (contoh: bertukar alamat, akaun bank baharu, status kahwin).
- Rayuan: Lampirkan dokumen punca penolakan (contoh: surat majikan jika pendapatan dipertikai, sijil nikah/cerai, dokumen anak/jagaan sah).
Cara Isi Borang Permohonan Str 2026 Online dan secara manual
Senarai Dokumen Wajib – Semua Kategori
| Keperluan | Dokumen Wajib (pilih yang berkenaan) |
|---|---|
| Identiti | MyKad pemohon (asal & salinan jelas) |
| Status Perkahwinan | Sijil nikah / sijil cerai / sijil kematian pasangan |
| Alamat tempat tinggal | Bil utiliti terkini (elektrik/air/Indah Water), atau perjanjian sewa, atau cukai pintu |
| Pendapatan | Slip gaji/penyata gaji atau surat pengesahan majikan atau bukti pendapatan kerja sendiri |
| Akaun bank | Buku/penyata bank yang memaparkan nama & nombor akaun pemohon |
| Anak tanggungan | Sijil lahir/MyKid, kad OKU anak (jika relevan), surat sekolah |
Sebenarnya untuk kategori str bujang 2026 dapat berapa kali ini?
Dokumen Pilihan Yang Bantu Lulus
- Surat pengesahan majikan (gaji pokok, elaun, tarikh mula kerja, cop & tandatangan)
- Penyata bank 3–6 bulan (aliran masuk konsisten)
- Surat sekolah anak / slip yuran / kad pelajar
- Kad/rekod OKU (JKM) apabila berkaitan
- Penyata KWSP/SSPN (sokongan pendapatan/komitmen)
Senarai Dokumen Str Mengikut Kategori Pemohon
Untuk log masuk ke portal rasmi sumbangan tunai rahmah, Str Login bantuantunai.hasil.gov.my
| Kategori | Dokumen Disaran |
|---|---|
| Berkahwin | MyKad suami/isteri, sijil nikah, penyata bank (nama pemohon), bukti pendapatan kedua-dua pihak, sijil lahir anak |
| Dokumen Sokongan Str Bujang | MyKad, bukti pendapatan, bil utiliti/alamat semasa, penyata bank |
| Ibu/Bapa Tunggal | Sijil cerai/sijil kematian pasangan, sijil lahir anak, bukti hak jagaan (jika ada), bukti pendapatan |
| OKU | Kad OKU/rekod perubatan sokongan, bukti pendapatan/penjaga |
| Warga Emas | MyKad, bukti alamat, akaun bank aktif, dokumen pendapatan (jika ada) |
Bukti Pendapatan – Gaji Tetap vs Tidak Tetap
- Gaji tetap: Slip gaji 1–3 bulan, EA/EC (jika ada), surat pengesahan majikan, penyata bank.
- Tidak tetap / gig / peniaga mikro: Penyata bank 3–6 bulan, buku tunai (ringkasan jualan harian/mingguan), invois/resit, Akuan Sumpah pendapatan (jika diminta), lesen/SSM (jika ada).
Bukti Tempat Tinggal Yang Sah
- Bil elektrik/air/Indah Water – sebaiknya < 3 bulan.
- Perjanjian sewa + bukti bayaran (resit/pindahan bank).
- Cukai pintu / cukai taksiran.
Tip: Jika bil atas nama tuan rumah/ahli keluarga, sedia surat kebenaran + salinan MyKad pemilik bil.
Dokumen Str Anak Tanggungan
- Sijil lahir / MyKid (nama ibu bapa jelas).
- Surat sekolah / kad pelajar / slip yuran.
- Kad OKU anak (jika berkaitan) + surat perubatan sokongan.
Status Perkahwinan – Dokumen Diterima
- Sijil nikah (asal/salinan).
- Sijil cerai / Perintah mahkamah.
- Sijil kematian pasangan (jika balu/duda).
- Pengesahan JPN untuk status semasa (jika rekod bercanggah).
Akaun Bank Untuk Kredit STR
- Akaun atas nama pemohon (bukan akaun pasangan/ bersama – elak tidak sepadan).
- Lampir muka depan buku akaun / penyata bank yang memaparkan nama & nombor akaun dengan jelas.
- Akaun bank tidak aktif (STR): Segera aktifkan / buka akaun baharu, kemudian kemaskini maklumat bank di MySTR sebelum fasa bayaran seterusnya.
Kesilapan Biasa Yang Menyebabkan Dokumen Str Ditolak
- Gambar kabur, atau bahagian maklumat yang penting terpadam.
- Nama/ejaan tidak sepadan pada akaun bank atau slip gaji dengan maklumat yang tertera pada MyKad
- Fail salah kategori (anda telah muat naik fail melibatkan sijil anak di slot akaun bank, dll.).
- Saiz fail terlalu besar sehingga tidak berjaya dimuatnaik di portal
Dokumen Sokongan STR Tiada Slip Gaji
Jika anda merupakan bekerja sendiri atau pekerja gig, anda perlu sediakan dokumen str seperti di bawah ini:
- Penyata bank 3–6 bulan yang menunjukkan aliran masuk pada setiap bulan;
- Surat pengesahan majikan;
- Akuan Sumpah pendapatan bulanan dengan pesuruhjaya sumpah;
- Buku tunai + resit/invois yang anda terima;
- SSM lesen (jika berdaftar) / bukti pendapatan di platform gig (screenshot transaksi).
Nak tahu berapa jumlah keseluruhan str yang diumumkan kerajaan dalam Bajet Belanjawan 2026
Akaun Bank Tidak Aktif STR
- Semak dengan bank: aktifkan kembali akaun dorman atau buka akaun baharu.
- Kemaskini MySTR dengan nombor akaun terkini sebelum fasa bayaran seterusnya.
- Jika fasa semasa terlepas & Gagal Kredit, tuntut tunai di BSN mengikut garis panduan yang telah ditetapkan (simpan resit).
Yang gagal dalam permohonan, boleh rujuk sini Keputusan Rayuan Str Dalam Proses
Soalan Lazim (FAQ)
1) Apakah Format Fail & Saiz Yang Sesuai Untuk Muat Naik di Portal?
Disyorkan: PDF/JPG/PNG untuk paparan yang jelas.
Saiz: Mengikut saiz yang telah pun ditetapkan. Jika saiz fail terlalu besar, anda boleh kecil akan mengekalkan kualiti fail pada kadar 70 peratus ke 80 peratus.
2) Cara Mengesahkan Maklumat Pada Setiap Salinan Dokumen?
Jika perlukan sahkan setiap salinan dokumen, perlu dapatkan pengesahan daripada pegawai kerajaan kumpulan A/MP/ADUN/ Pesuruhjaya Sumpah/ Majikan HR). Cop mengandungi nama, jawatan, tarikh & tandatangan. Elak menggunakan cop yang tak jelas.
3) Contoh Surat Pengesahan Majikan?
Nama pekerja & No. IC, jawatan, status (tetap/kontrak), gaji pokok + elaun, tarikh mula bekerja, nombor telefon HR, cop & tandatangan.
4) Contoh Rekod Pendapatan Peniaga Mikro atau Gig
Ringkasan bulanan: jumlah jualan, kos, pendapatan bersih.
Lampiran: foto resit, invois, transaksi platform (Grab/Foodpanda/Shopee, dll.).
Penyata bank yang berjaya memadankan setiap transaksi yang ada.
Penutup
Sebenarnya permohonan STR banyak bergantung kepada dokumen sokongan str yang telah anda hantar.
Anda gunakan senarai di atas sebagai checklist: sediakan dokumen wajib yang diperlukan, tambah juga dokumen sokongan lain bagi menguatkan lagi permohonan anda.
Jika ada perubahan alamat, status perkahwinan, anak, akaun bank, kami cadangkan kemaskini awal supaya bayaran fasa seterusnya berjalan lancar tanpa mengalami “gagal kredit”. Untuk maklumat lanjut berkaitan tentang dokumen sokongan str, boleh rujuk portal rasmi LHDN

