
Jadual bayaran STR 2026 mengikut bank pada fasa 1 membantu anda merancang kewangan anda samada sudah berkahwin ataupun masih bujang lagi bagi sepanjang tahun ini.
Kami kongsikan beberapa maklumat penting seperti jadual STR 2026 termasuk menghimpunkan bayaran STR mengikut bank pada setiap fasa, jumlah pembayaran mengikut kategori, dan juga kaedah pembayaran.
Senarai info Bantuan STR yang diumumkan dalam Bajet tahun ini
Jadual Bayaran STR 2026 Mengikut Fasa Bagi Setiap Kategori
Pembahagian bayaran duit str 2026 adalah berdasarkan kategori penerima merujuk jadual str seperti di bawah ini):
Ini pula butiran Jumlah Bayaran STR bagi tahun 2026, yang semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya
Bujang (≤ RM2,500) & Warga Emas Tiada Pasangan (≥60)
| KELAYAKAN MAKSIMUM | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
|---|---|---|---|---|
| RM600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
Jadual STR 2026 Fasa 1 Kategori Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500)
| BILANGAN ANAK | MAKSIMUM (RM) | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 1,000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
| 1–2 | 1,500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
| 3–4 | 2,000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
| ≥5 | 2,500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
STR Payment Untuk Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
| BILANAGN ANAK | MAKSIMUM (RM) | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
| 1–2 | 750 | 150 | 150 | 200 | 250 |
| 3–4 | 1,000 | 250 | 200 | 250 | 300 |
| ≥5 | 1,250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
SUMBER: LHDN
Kaedah Pembayaran Duit STR 2026 Melalui Bank atau di BSN
- Kredit ke akaun bank: Bayaran bantuan rahmah dimasukkan terus ke akaun aktif atas nama pemohon yang didaftarkan dalam MySTR. Nama pada akaun mesti sepadan dengan MyKad. Bayaran str dibuat secara berperingkat.
- Bayaran Tunai di BSN: Disediakan untuk penerima bantuan yang tiada akaun bank aktif atau tiada pembankan internet.
Jadual Bayaran STR Mengikut Bank – Paling Awal?
Cara isi Borang Kemaskini STR 2026 Online yang tepat dan terkini
Ramai yang tanya status str fasa 1 untuk bank islam, rhb, cimb, maybank, bank rakyat, public bank, hong leong, ambank,
Biasanya bayaran STR mengikut bank yang talah anda daftarkan. Ada yang lambat, ada yang cepat. Paling cepat biasanya bayaran dari Bank Simpanan Nasional.
| BANK | BUTIRAN |
|---|---|
| BSN | Antara bank terawal buat bayaran kepada penerima bantuan ke akaun bank BSN |
| STR Maybank Bila Masuk / CIMB / RHB / Public Bank | Sepanjang hari fasa + hari berikutnya |
| Bank Islam / Bank Rakyat / Ambank / Hong Leong | Berperingkat; kadang-kadang lewat beberapa jam |
| Bank lain | Mengikut waktu proses bank masing‑masing |
Jadual STR 2026 Mengikut Negeri/Parlimen
Kami ingin maklumkan di sini, pembayaran sama sekali tidak diagih mengikut negeri/parlimen. Bayaran bantuan akan kredit mengikut jadual duit str 2026 mengikut fasa dan bank yang telah anda daftarkan dalam sistem lhdn.
Hanya tuntutan tunai di BSN terikat kepada lokasi cawangan yang ada.
Bayaran Permohonan Baru vs Penerima Sedia Ada
- Penerima sedia ada: Akan menerima bayaran mengikut jadual pembayaran STR 2026 berdasar setiap fasa.
- Permohonan baharu: Bayaran bermula pada fasa terdekat selepas kelulusan; fasa terdahulu anda sama sekali tidak akan menerima bayaran str
- Kemaskini lewat: Lagi lambat anda kemaskini, lagi lambat anda akan terima pembayaran str.
Jadual Pembayaran STR 2026 Untuk Berjaya Rayuan
Selepas anda berjaya menerima keputusan rayuan LULUS, anda akan menerima pembayaran untuk fasa yang seterusnya. Kami sarankan anda Rujuk Dashboard MySTR → Status Rayuan untuk semak jadual bayaran duit bantuan str 2026.
Kami akan bantu anda untuk kemaskini jadual STR 2026 mengikut bank dari masa ke semasa supaya anda dapat info yang terkini dari kami.

