Str 2026 Kemaskini Lhdn Online

cara str 2026 kemaskini lhdn online

Str 2026 Kemaskini online lhdn memastikan data anda tepat dan terkini sebelum permohonan anda disahkan dan diluluskan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam negeri LHDN.

Maklumat yang masih tidak anda kemaskini acapkali akan ada berlakunya ralat, masalah ketika bayaran, atau menerima status tidak lulus.

Panduan ini kami kongsikan untuk cara update str di kaunter LHDN/UTC, serta dokumen yang perlu anda disediakan. Ikuti langkah demi langkah mystr 2026 kemaskini untuk mengelakkan kesilapan dan memudahkan kelulusan.

Cara isi borang permohonan str online dan di kaunter lhdn

Bila Perlu Str 2026 Kemaskini Lhdn

Ada beberapa sebab dan punca kenapa anda perlu kemaskini jika berlaku beberapa perubahan maklumat str sara semakan melibatkan anda.

  • Perubahan status perkahwinan str: berkahwin, bercerai, atau kematian pasangan (suami/isteri).
  • Pertambahan atau pengurangan bilangan anak tanggungan.
  • Pertukaran alamat kediaman atau alamat surat‑menyurat.
  • Mahu tukar akaun bank penerima yang masih lagi aktif
  • Perubahan pekerjaan atau status pendapatan yang terkini
  • Pertukaran nombor telefon atau e‑mel berdaftar.
  • Pembetulan ejaan nama/IC yang tidak tepat di bahagian profil.
Apa maksud dalam proses rayuan str, ini penjelasan untuk anda

Cara Kemaskini STR 2026 Online

Langkah demi langkah untuk anda mula kemaskini maklumat str supaya lhdn menerima maklumat yang terkini tentang diri anda sebagai pemohon.

  1. Boleh akses terus di portal rasmi, bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Sila Log Masuk MySTR dengan masukkan butiran No. MyKad dan juga kata laluan.
  3. Jangan lupa Sahkan captcha.
  4. Pilih menu di bahagian Str 2026 Kemaskini Permohonan.
  5. Akan tertera paparan bahagian maklumat seperti nama, IC, alamat, e‑mel, dan telefon.
  6. Anda perlu Kemaskini Maklumat Pasangan, Kemaskini status perkahwinan lhdn, Pendapatan Isi Rumah, Sumber Pendapatan dan Anak Tanggungan jika berkaitan.
  7. Pilih/kemas kini juga Bank Pilihan; dengan mengisi pastikan akaun bank yang masih lagi aktif atas nama anda pemohon.
  8. Muat naik dokumen sokongan str (JPG/PNG/PDF, jelas dan dalam had saiz yang dibenarkan).
  9. Semak ringkasan maklumat yang telah anda kemaskini mystr dan tandakan pengesahan Aku Janji.
  10. Klik Hantar dan simpan nombor rujukan borang kemaskini str 2026.
  11. Cetak/muat turun resit sumbangan tunai rahmah kemaskini untuk simpanan.

Kami doakan borang kemaskini str 2026 online diisikan dengan info dan maklumat yang terkini.

Kemaskini Bantuan Rahmah di Kaunter LHDN/UTC

Proses kemaskini str di lhdn:

  1. Ambil nombor giliran dan nyatakan mahu lakukan str 2026 kemaskini.
  2. Pegawai mengesahkan identiti melalui MyKad dan semakan sistem.
  3. Lengkapkan borang di terminal/borang fizikal di bawah bimbingan pegawai.
  4. Serahkan dokumen sokongan untuk diimbas/disahkan.
  5. Semak ringkasan bersama pegawai dan sahkan kemaskini.
  6. Terima slip pengesahan/nombor rujukan.

Tips berjaya: Datang awal, bawa salinan tambahan, dan pastikan maklumat sepadan dengan dokumen rasmi.

Siapa Wajib Kemaskini Str Lhdn & Situasi Biasa

  • Pengantin baharu kahwin: tukar status perkahwinan, masukkan maklumat pasangan.
  • Bercerai/berpisah: kemaskini status dan penjagaan anak.
  • Kelahiran/kematian: tambah atau keluarkan bilangan tanggungan.
  • Tukar pekerjaan/tiada pendapatan: kemaskini pendapatan yang terkini.
  • Tukar bank/alamat/telefon/e‑mel: pastikan rekod terkini.
Senarai Bantuan 2026 Kerajaan Malaysia untuk rakyat yang layak

Dokumen Diperlukan Sebelum Buat Mystr Kemaskini

  • MyKad pemohon dan pasangan.
  • Sijil nikah/cerai atau sijil kematian (jika berkaitan).
  • Sijil lahir MyKid/MyKad anak atau dokumen jagaan sah.
  • Penyata gaji/surat majikan atau Akuan Sumpah tiada pendapatan.
  • Buku akaun/penyata bank yang aktif atas nama pemohon str.
  • Bil utiliti atau bukti alamat semasa jika diminta.

Kemaskini Str Online Dengan Tukar Akaun Bank Str

  1. Pastikan akaun atas nama pemohon dan aktif.
  2. Elakkan akaun bersama untuk kurangkan risiko gagal kredit bayaran terus ke akaun bank anda.
  3. Semak nombor akaun dengan teliti sebelum hantar.
  4. Cetak penyata/halaman buku akaun untuk rujukan.
  5. Jika bank lama ditutup, kemaskini segera agar bayaran tidak menghadapi sebarang masalah.

Update Str – Alamat Surat‑Menyurat & Negeri/Parlimen

  • Isi alamat lengkap dengan poskod tepat.
  • Pastikan alamat sepadan dokumen bukti alamat jika diminta.
  • Kemaskini negeri, daerah, dan parlimen mengikut alamat baharu.
  • Elak ejaan singkatan yang mengelirukan penghantaran.

Tukar Nombor Telefon Str & E‑mel (OTP/Notifikasi)

  • Masukkan nombor telefon yang aktif dan boleh menerima SMS OTP.
  • Kemaskini e‑mel yang kerap digunakan ketika update str.
  • Pastikan satu nombor/emel sahaja digunakan untuk elak konflik rekod.

Kemaskini Status Perkahwinan Str & Maklumat Pasangan

  • Pilih status terkini: samada bujang, atau pun sudah bertukar status kepada update lhdn berkahwin, bercerai, balu/duda.
  • Isi nama penuh dan No. MyKad pasangan seperti di MyKad.
  • Muat naik sijil nikah/cerai jika diminta sebagai bukti.

Senarai Kemaskini Anak Tanggungan – Umur, Sekolah & IC

  • Masukkan nama penuh, No. MyKid/MyKad, dan tarikh lahir anak anda.
  • Nyatakan status sekolah/pendidikan jika berkenaan.
  • Elak pertindihan tuntutan str antara ibu dan bapa.
  • Lampirkan dokumen jagaan sah untuk anak angkat/penjagaan.

Kemaskini Pendapatan Isi Rumah

Jangan sesekali menipu dan meletakkan jumlah pendapatan anda. Ini kerana lhdn mempunyai segala maklumat lengkap untuk mengenalpati gaji dan pendapatan anda setiap bulan dan dalam tempoh setahun. Jika mereka dapati data str bercanggah, sukar untuk anda lulus nantu.

  • Nyatakan gaji pokok, elaun tetap, dan sumber pendapatan sampingan anda setiap bulan dan setahun.
  • Untuk yang bekerja sendiri, gunakan rekod jualan ataupun kongsikan penyata bank.
  • Jika tiada pendapatan, sediakan Akuan Sumpah yang sah.
  • Masukkan pendapatan pasangan dan tanggungan jika diminta.

Ralat Biasa Semasa Kemaskini Maklumat Str

Antara masalah yang seringkali muncul ketika pemohon melakukan proses kemaskini sumbangan tunai rahmah ialah:

  • Captcha tidak muncul: Kami sarakan anda cuba sekali lagi ataupun tutup dan buka browser yang anda gunakan
  • OTP lambat/tiada: tunggu 2–3 minit, cuba semak e‑mel ataupun telefon bimbit anda
  • Fail ditolak: pastikan format/saiz yang dibenarkan dan dimuatkan dengan paparan yang jelas.
  • Nama/IC tidak padan: mesti ikut butiran pseerti yang tertera pada MyKad
  • Akaun bank tidak sah: kemaskini akaun bank str yang masih lagi aktif

Soalan Lazim

1) Adakah perlu kemaskini setiap tahun?

Kami sarankan untuk anda kemaskini, terutama jika ada perubahan maklumat.

2) Boleh update str melalui telefon?

Boleh tiada masalah, gunakan pelayar mudah alih

3) Bagaimana jika nombor telefon lama sudah tidak lagi aktif?

Kemas kini nombor melalui portal MySTR atau hadir ke kaunter untuk pengesahan identiti.

5) Jika tersalah isi, boleh betulkan semula?

Boleh, selagi dalam tempoh kemaskini dibuka.

6) Sebenarnya bila kemaskini str 2026?

Anda sudah boleh mula lakukan kemaskini bermula sekarang sejak 13 Oktober 2025.

Penutup

Str 2026 kemaskini lhdn salah satu tindakan yang perlu dilakukan jika perlu yang mana akan membantu daripada aspek kelayakan dan pembayaran tepat pada masanya.

Sama ada dilakukan secara online atau di kaunter, pastikan disediakan dokumen lengkap, maklumat tepat, dan akaun bank yang masih aktif.

Scroll to Top