
Ramai bertanya tentang beberapa persoalan skim khairat kematian STR untuk membantu waris membuat tuntutan.
Persoalan ini pastinya akan berlegar dikalangan penerima lama dan baru.
Baik, dalam artikel ini menjelaskan status terkini mengenai skim ini dan langkah serta yang perlu dilalui untuk waris si mati memulakan proses tuntutan.
Tarikh Bila STR Masuk dalam akauan bank untuk semua bank di Malaysia termasuk maybank, cimb, bsn.
Adakah Kerajaan Menyediakan Skim Khairat Kematian STR?
Setakat maklumat terkini, benar memang ada STR khairat kematian.
Namun, waris boleh mengurus bayaran STR tertunggak mengikut garis panduan rasmi oleh lhdn.
Di mana bantuan ini akan diberikan secara tunai kepada waris si mati. SKK ialah bantuan khairat sekali bayar bertujuan untuk meringankan kos pengurusan si mati.
Skim Khairat Kematian STR (SKK) ialah bayaran sekali sahaja RM1000 kepada waris seperi anda yang layak jika pemohon atau pasangan berjaya menerima Status STR lulus telah pun meninggal dunia pada tahun si mati layak menerimanya.
Ia sama sekali bukan bayaran bulanan, dan bukan yang diberikan secara automatik melibatkan semua kes
Tuntutan boleh dibuat di cawangan BSN dengan dokumen yang lengkap. Butiran selanjutnya ada kami kongsikan seperti di bawah ini. Teruskan membaca.
Jumlah Bayaran STR 2026 mengikut dana keseluruhan yang diumumkan dalam Bajet Belanjawan 2026
Siapa Layak Bantuan Khairat
- Pemohon – jika pasangan yang berdaftar dalam STR telah pun meninggal dunia.
- Pasangan – jika pemohon telah meninggal dunia.
- Waris berdaftar dalam permohonan STR, jika pihak di atas telah meninggal dunia.
Waris berdaftar yang diterima termasuk pasangan, ibu, bapa, anak kandung/angkat/tiri, adik-beradik, dan cucu. Tiada had umur khusus, namun waris yang berumur 17 tahun dan ke bawah lazimnya memerlukan dokumen tambahan seperti yang diminta pegawai.
Rujuk juga STR Warga Emas jika anda tergolong dalam kategori di bawah Sumbangan Tunai Rahmah
Tempoh Bayaran & Kaedah Tuntutan
Perlu diingatkan di sini, yang mana tempoh yang dibenarkan untuk anda menuntut adalah bermula 1 Januari hingga 31 Disember pada tahun semasa.
Anda hanya dibenarkan menuntut secara bayaran tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional BSN yang terdekat dengan anda.
Jika anda masih lagi belum berkahwin, boleh ikut Syarat Kelayakan STR Bujang yang telah ditetapkan lhdn
Berapakah Jumlah Bayaran SKK
Amaun bantuan khairat yang dibayar adalah sebanyak RM1,000 bagi setiap individu waris (pasangan si mati) sebagai penerima yang layak.
Tuntutan hanya dibenarkan sekali sahaja bagi setiap kes kematian selagi dalam tempoh yang telah pun ditetapkan.
Dokumen Yang Perlu Dibawa Ke BSN
Sediakan dokumen yang asal dan salinan yang jelas:
- Sijil kematian pemohon atau pasangan.
- MyKad waris yang menuntut.
- Dokumen hubungan: sijil nikah, sijil lahir, atau akuan waris yang sah.
- Bukti status STR (cetakan skrin MySTR) jika ada.
- Surat kuasa / dokumen tambahan jika mewakili pihak lain.
Tip penting: Pastikan ejaan nama sepadan pada semua dokumen. Ambil foto atau imbasan yang jelas.
Cara Tuntut Khairat Kematian STR
- Semak MySTR – pastikan rekod status adalah Lulus dan kenal pasti sama ada si mati pemohon atau pasangan.
- Kumpulkan dokumen – rujuk senarai di atas dan buat salinan.
- Datang ke BSN – katakan “tuntutan SKK STR”. Ambil nombor giliran.
- Serahan dan semakan – pegawai akan padankan rekod STR dengan sijil kematian dan dokumen hubungan anda dengan si mati.
- Terima bayaran – jika lengkap dan sah, BSN menunaikan bayaran RM1000 one off terus kepada anda. Simpan resit untuk rekod waris.
Soalan Lazim
1. Pasangan saya mati meninggal dunia, adakah masih layak
Tiada masalah. Walaupun kematian di luar negara tetapi masih tetap direkod oleh JPN
2. Saya merupakan isteri poligami untuk pasangan saya yang juga penerima STR dan telah pun meninggal dunia, adakah saya layak?
Garis panduan yang telah ditetapkan menyatakan salah seorang isteri yang berdaftar boleh menuntut SKK arwah suami.
3. Akaun bank si mati telah pun ditutup?
Tiada masalah. Ini kerana kaedah bayaran khairat kematian str adalah secara tunai di BSN.
4. SKK bayaran automatik ke akaun bank?
Tidak. SKK hanya boleh dituntut di BSN.
5. Boleh mohon selepas 31 Disember?
Tidak. Tuntutan mesti dibuat dalam tempoh yang telah pun diwartakan.
6. Perlu bawa MyKad si mati?
Tidak wajib, tetapi nombor MyKad dan sijil kematian mesti tepat.
7. Anak bawah 18 tahun boleh tuntut?
Boleh, dengan dokumen penjaga atau surat yang diminta pegawai.
Kesilapan Biasa Yang Melambatkan Proses Claim
- Datang tanpa sijil kematian asal atau salinan disahkan.
- Nama tidak sepadan antara sijil kematian dan MyKad.
- Waris yang hadir bukan waris berdaftar dan tiada surat kuasa.
- Salinan dokumen kabur, bergaris, atau terpotong.
Pastikan anda semak portal STR terlebih dahulu untuk tarikh terkini sebelum ke BSN. Jika anda perlukan bantuan, hadir ke kaunter LHDN/UTC atau hubungi talian bantuan yang disenaraikan di portal rasmi.
Dengan dokumen lengkap dan data yang sepadan, proses tuntutan SKK lazimnya tiada sebarang masalah berbangkit.

