Lupa Kata Laluan STR dan Email Address

lupa kata laluan STR dan email

Apabila anda sudah mula lupa kata laluan STR dan email Address , jangan sesekali panik dan resah.

Anda jangan risau. Melalui artikel ini kami akan berkongsi panduan ‘Lupa Kata Laluan’, mengesahkan OTP, dan menetapkan password baharu dengan selamat.

Login STR dengan usernama dan password yang tepat dan betul.

Cara Reset Bila Terlupa Kata Laluan STR dan Email Melalui Portal

Ikuti langkah mudah untuk yang ada masalah lupa kata laluan STR seperti di bawah. Pastikan anda menggunakan portal rasmi kerajaan.

  1. Pergi ke link pautan rasmi ini, bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Pilih Log Masuk MySTR.
  3. Klik pautan Lupa Kata Laluan.
  4. Masukkan butiran seperti No. MyKad dan huruf keselamatan.
  5. Pilih kaedah verifikasi OTP yang tersedia.
  6. Masukkan kod OTP yang diterima.
  7. Tetapkan kata laluan baharu yang lebih selamat dan mudah diingati.
  8. Simpan perubahan kata laluan ini dan anda cuba log masuk semula.

Nota: Daftar akaun dahulu jika belum pernah daftar MySTR.

Apa syarat untuk Kelayakan STR Berkahwin sehingga layak dapat bantuan ini

Pilihan Pengesahan Yang Popular

Kaedah pengesahan mungkin berbeza mengikut tahun. Rujuk pilihan yang dipaparkan.

  • OTP SMS: Kod dihantar ke nombor telefon berdaftar.
  • OTP E‑mel: Kod dihantar ke alamat e‑mel berdaftar.
  • terlupa kata laluan str dan soalan keselamatan: Sesetengah akaun memerlukan jawapan keselamatan.

Jika nombor telefon berubah, buat kemaskini maklumat terlebih dahulu di MySTR atau kaunter LHDN.

Dapatkan maklumat terkini tentang bantuan ini berdasar Pembentangan Belanjawan 2026 STR

Penyelesaian Lupa Kata Laluan STR di Kaunter LHDN

Anda boleh meminta bantuan pegawai untuk menukar ke kata laluan STR yang baru. Bawa dokumen berikut untuk pengesahan identiti.

  • MyKad pemohon.
  • MyKad pasangan, jika berkaitan.
  • Bukti nombor telefon atau e‑mel terkini, jika diminta.

Proses ringkas: Ambil nombor giliran, nyatakan masalah akaun, sahkan identiti, dan setkan password baharu.

Bantuan Kerajaan 2026 untuk peniaga, usahawan, penjawat awam, warga emas, isi rumah

Lupa Email STR

lupa email STR

Jika terlupa STR email address yang anda telah register sebelum ini di portal, memang tiada pilihan lain selain perlu pergi ke lhdn.

Selain itu, ada pilihan lain juga yang mana anda boleh call terus hotline lhdn.

  • Pergi ke cawangan lhdn yang berdekatan dengan kediaman anda
  • Nombor telefon hotline lhdn: 1800-88-2747

Pihak kakitangan lhdn akan membantu anda untuk buat satu akaun baru untuk anda menggunakan email yang baru.

Pastikan anda perlu ingat dan jaga akaun anda dari diceroboh. Ia bagi mengelakkan masalah seperti ini berulang lagi.

Cara Tukar Kata Kunci Keselamatan STR

Mudah sahaja. Anda pergi ke portal STR. Masukkan nombor kad pengenalan untuk mula log masuk.

Sama sahaja seperti proses sebelum ini di mana anda adalah isu dengan STR lupa kata laluan. Dan anda akan password baru selepas itu.

Tips & Contoh Kata Kunci Keselamatan STR Terbaik

Gunakan frasa unik yang sukar diteka. Elakkan tarikh lahir atau nombor IC.

  • Guna minimum lapan aksara atau lebih.
  • Campur huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol.
  • Elakkan guna password sama pada banyak akaun.
  • Kami sarankan anda tukar password baru setiap tahun
  • Tukar password dengan kadar segara jika berlaku pencerobahan data pada sistem lhdn

Soalan Lazim

1) Adakah boleh tukar nombor telefon semasa sedang reset password?

Tidak. Kemaskini nombor hanya perlu dibuat dalam ruangan profil atau di kaunter lhdn.

2. Masalahnya sekarang akses ke email lama yang telah daftar dalam sistem STR pun sudah lupa? Apa perlu dibuat?

Anda perlu kemaskini e‑mel baharu melalui MySTR atau kaunter LHDN dengan bukti sah.

Amaran Penting

Pastikan anda melakukan sebarang perubahan password di portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my sahaja. Jangan sesekali tekan link pautan yang meragukan dan tidak kongsi OTP yang diterima kepada sesiapa pun.

Dan kalau boleh ingat jangan sekali berlakunya masalah lupa kata laluan STR dan email selepas ini.

Scroll to Top