
Apa Itu Status SARA MyKasih Semakan 2026 – Tanpa Perlu permohonan, Berapa Baki
Sara 2026 semakan status membolehkan anda semak kelayakan, status terkini, dan baki bantuan yang dikreditkan ke MyKad untuk pembelian 14 kategori barangan asas di rakan kedai MyKasih.
Anda boleh semak tanpa log masuk (dengan hanya guna MyKad) atau melalui aplikasi/portal rasmi untuk paparan info yang lebih terperinci.
Berita terkini bantuan sara RM100 secara one off
Pautan Rasmi Semakan SARA MyKasih
- Portal Semakan SARA,
app.mykasih.net/sara2/checkstatus - Aplikasi Mudah Alih: App di (Google Play / App Store)
- Maklumat Program:
Portal Sumbangan Asas Rahmah - Status Berkaitan STR: Str Login bantuantunai.hasil.gov.my (MySTR)
Cara check status semakan str 2025 secara online atau terus di kaunter lhdn
Kami nasihatkan untuk menggunakan link pautan rasmi semakan SARA sahaja. Elak laman palsu dan yang mercurigakan yang meminta kata laluan atau OTP. Yang bagusnya anda sama sekali tidak perlu hantar permohonan tahun 2026.
Cara Semakan Status SARA Mykasih 2026 Online
- Anda terlebih dahulu perlu buka
app.mykasih.net/sara2/checkstatus. - Klik butang pilihan Semakan Status Mykasih / Semak Kelayakan.
- Masukkan No. MyKad (12 digit tanpa sengkang) dan captcha yang betul seperti yang dipaparkan.
- Tekan Semakan Status → keputusan dipaparkan (Lulus / Tidak Lulus / Tiada Rekod).
- Jika perlu butiran tambahan (baki bantuan), anda perlu log masuk bantuan MyKasih App dan sahkan OTP.
Troubleshooting pantas: Jika captcha/OTP bermasalah, cuba mod incognito, tukar pelayar/peranti, atau boleh juga terus semak di kedai rakan.
Cuba check semula senarai barang mykasih yang ada di econsave, mydin, speedmart, lotus dan kedai hypermarket lain
Semakan Mykasih Melalui IC dan Nombor Telefon Berdaftar
- Tanpa log masuk: Guna IC sahaja di portal semakan untuk status ringkas.
- Dengan nombor telefon berdaftar: Log masuk aplikasi/portal bila diminta untuk sahkan OTP yang dihantar ke nombor berdaftar.
- Pastikan nombor telefon aktif; kemaskini di profil mysara jika telah bertukar.
Maksud Status Semakan: Lulus, Dalam Proses, Tiada Rekod
- Lulus / Layak: Anda boleh menebus di kedai mengikut baki semasa.
- Dalam Proses: Data maklumat anda sedang dinilai; semak semula selepas beberapa hari bekerja.
- Tiada Rekod / Tidak Lulus: Tiada padanan pada masa ini.
“Tiada Rekod” – Punca Biasa dan Cara Atasi
Punca lazim
- IC tidak tepat (bukan 12 digit / ada simbol).
- Rekod baharu belum dikemaskinikan.
- Anda bukan penerima aktif bagi tahun tersebut.
- Profil anda masih tidak lengkap (telefon/emel/alamat/maklumat pendapatan dan tanggungan).
- Sistem sibuk/berlaku penyelenggaraan sementara.
Cara atasi
- Masukkan 12 digit IC tanpa sengkang; semak ejaan nama.
- Semak kelayakan di portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah / MySTR (jika berkaitan).
- Cuba semula selepas beberapa hari bekerja.
- Kemas kini profil & nombor telefon berdaftar.
- Semak di kaunter rakan kedai atau cuba waktu luar puncak.
Cara Semak Baki SARA dan Transaksi Terkini
Di Kedai Terpilih (Pilihan Terbaik):
- Minta semakan mykasih baki di kaunter kedai atau pasaraya → Juruwang akan imbas MyKad anda → sistem paparkan baki → resit dikeluarkan di mana proses claim anda telah pun berjaya.
Di aplikasi/portal:
- Log masuk App Mysara → Baki/Transaksi → sahkan OTP.
- Untuk semakan mykasih online untuk status yang lebih pantas, anda boleh terus guna
app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
Tip: Anda boleh simpan 3 resit terakhir jika anda mahu merekod penggunaan perbelanjaan anda setiap bulan.
Soalan Lazim
1) Perlu akaun untuk semakan?
Tidak perlu sama sekali. Anda hanya pelru masukkan nombor kad pengenalan anda di laman portal untuk check status di www.mykasih.com.my semakan. Walaubagaimanapun, jika anda mahu semak baki perlu login ke akaun untuk check dari masa ke semasa.
2) Status Lulus tetapi item ditolak?
Ini kerana anda mesti pilih Pilih item berlabel “Layak”; minta juruwang semak kod bar.
Tip Keselamatan: Elak Pautan Palsu dan Phishing
- Bagi kami adalah lebih elok untuk anda taip sendiri laman portal rasmi (SARA.gov.my) – jangan sesekali klik pautan yang tidak pasti kesahihannya yang dihantar oleh kumpulan scammer.
- Jangan sama sekali kongsi OTP dengan sesiapa
Rujukan & Pautan Rasmi
- PMO – P berkaiengumuman jadual kredit & garis panduan bantuan bersasar.
- MySTR (LHDNM) – status berkaitan STR jika ada kaitan dengan SARA Mykasih.

