
Yang tanya berapa dapat, Berita terkini STR Bujang 2026 Tiada Lagi, Digantikan dengan kategori SARA RM600
Jika sebelum ini penerima sumbangan tunai rahmah bujang boleh menerima duit terus masuk dalam akaun bank. Tetapi itu dulu itu sekalian lamanya.
Selepas ini tidak lagi. Ini kerana kerajaan telah membuat rombakan penggagihan duit bantuan di mana kerajaan tak lagi buat bayaran STR bujang terus ke akaun bank anda untuk dikeluarkan secara tunai selepas itu.
Sebaliknya, cara pemberian bantuan kepada STR 2026 untuk bujang diubahkan kepada sepenuhnya di bawah program SARA.
Cara isi borang Permohonan STR 2026 Online dengan betul
STR 2026 Bujang Berapa Dapat?
Berbanding pada tahun lepas, duit bantuan dimasukkan terus ke akaun bank anda sebanyak RM600 yang diberikan mengikut fasa.
Tetapi bermula 2026, sistem STR 2026 bujang ditukar kepada skim SARA di bawah anda akan menerima jumlah bantuan sebanyak RM600 setahun. Di mana bantuan ini akan diterima setiap bulan sebanyak RM50 terus ke mykad anda.
Jangan lupa claim Khairat Kematian STR jika pasangan anda sebagai penerima telah mati meninggal dunia
Ada Lagi Tambahan RM100
Dan jangan lupa kerajaan akan beri lagi tambahan RM100 pada bulan Februari 2026 terus ke kad pengenalan anda kepada semua rakyat Malaysia.
Ini bermakna pada bulan Februari 2026, golongan bujang akan terima RM50 bersama-sama dengan tambahan bantuan bujang 2026 RM100, jadi jumlah keselruan RM150 pada bulan tersebut.
Cara STR 2026 Kemaskini lhdn online jika ada perubahan akaun bank, status perkahwinan, anak tanggungan
Kenapa Tukar Ke SARA RM600
Kerajaan telah mengambil keputusan drastik berdasar intipati Senarai Ringkasan Belanjawan 2026 STR untuk menukarkan bantuan STR Bujang 2026 kepada SARA supaya bantuan lebih tepat, mudah ditebus, dan sukar disalahguna dikalangan penerima yang layak.
Jumlah bantuan masih lagi sama cuma cara pengagihan sahaja ditukarkan di bawah SKIM SARA untuk digunakan dan dibelanjakan di kedai rakan terpilih berdasar sumber portal rasmi MyKasih.
Senarai Manfaat Utama STR 2026 Bujang:

- Perbelanjaan hanya kepada barang keperluan asas sahaja – golongan bujang boleh menebus melibatkan 14 kategori barang sahaja seperti beras, minyak, telur, roti, sabun, dll.)
- Dapat mengurangkan masalah “gagal kredit” bank – tiada lagi timbul dek kerana berpunca masalah akaun tidak aktif/salah nama;
- Memastikan kuasa beli dikekalkan secara berterusan – Membantu kumpulan bujang untuk mempunyai kuasa beli secara berterusan setiap bulan
- Mengurangkan masalah jika tiada akaun bank – penerima tetap menerim bantuan walaupun tiada akaun bank yang masih lagi aktif
- Dapat Mengurangkan ketirisan/penipuan – Dapat mengelakkan duit bantuan disalahguna oleh golongan bujang termausk membeli vape, rokok, arak, berhibur, membeli barangan yang bukan keperluan mendesak mereka dan sebagainya
Berapa nilai Jumlah Bantuan STR 2026 berdasar pembentangan Belanjawan 2026 Malaysia
Bantuan Bujang – Apa Beza STR vs SARA?
- Sebelum (2025): Bujang boleh menerima bantuan berjumlah RM600 setahun, yang diagihkan mengikut fasa.
- Mulai 2026: STR Bujang 2026 tiada lagi diberikan. Sebaliknya ia digantikan di bawah skim SARA RM600 setahun yang mana diberikan RM50 pada setiap bulan dalam bentuk bantuan perbelanjaan menggunakan ic.
Kesimpulannya, SARA berjaya dapat mengekalkan nilai bantuan untuk str kategori bujang 2026 tetapi hanya mengubah cara pengagihan sahaja supaya dapat menumpukan masalah kos hidup sebenar dikalangan golongan bujang.

