
Artikel ini menghimpunkan syarat str bujang & pasangan berkahwin untuk Sumbangan Tunai Rahmah berdasarkan garis panduan kelayakan terkini yang telah pun ditetapkan kerajaan.
Anda akan tahu siapa yang layak, definisi kategori, umur minimum, had pendapatan yang dibenarkan untuk memohon.
Cara kemaskini str online free sahaja setiap kali tempoh kemaskini dibuka setiap tahun jika berlaku perubahan maklumat
Syarat Str – Siapa Yang Layak
Secara umumnya, pemohon layak jika memenuhi kriteria asas seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan sedang bermastautin di Malaysia.
- Anda layak Memohon di bawah salah satu kategori berikut seperti: Isi Rumah, Bujang, atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan anda masih dalam had yang ditetapkan kerajaan mengikut kategori yang telah pun tersenarai.
- Maklumat perkahwinan, pasangan, dan anak sepadan rekod rasmi JPN/LHDN.
Jadual str 2025 termasuk butiran tarikh pembayaran dan jumlah insentif yang diberikan kepada penerima yang layak mengikut fasa
Apa Maksud Syarat Str Bujang, Isi Rumah & Warga Emas
- Str Pasangan Berkahwin: Pemohon berkahwin atau ibu/bapa tunggal yang mempunyai anak yang menepati syarat; termasuk pasangan bukan bekerja.
- Syarat Bujang: Individu belum berkahwin atau ibu/bapa tunggal tanpa anak yang menepati syarat ditetapkan
- Warga Emas Tiada Pasangan: Individu ≥60 tahun tanpa pasangan/tiada tanggungan anak menepati syarat.
Syarat Pendapatan Bulanan Mengikut Kategori Str
| KATEGORI | HAD PENDAPATAN * |
|---|---|
| Syarat str Berkahwin | ≤ RM5,000 |
| Syarat Sumbangan Tunai Rahmah Bujang | ≤ RM2,500 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | ≤ RM5,000 |
*Had pendapatan merujuk dokumen FAQ/risalah STR yang terkini. Jumlah dan struktur bantuan kerajaan malaysia mengikut pengumuman tahun semasa.
Apa yang perlu dilakukan jika terlupa kata laluan str dan email, penyelesaiannya?
Anda Mestilah Wajib Warganegara & Pemastautin
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang memiliki MyKad yang sah.
- Sedang bermastautin di Malaysia
- Anak/anak angkat mestilah memiliki MyKid/MyKad Malaysia
Syarat Kelayakan Str Berkahwin & Pasangan Bukan Warga

- Nyatakan status terkini: bujang, berkahwin, bercerai, balu/duda.
- Pasangan bukan warganegara perlu dokumen sokongan perkahwinan yang sah.
- Pastikan hanya satu tuntutan isi rumah dibuat bagi pasangan yang sama. Jangan sesekali berlaku pertindahan permohonan di antara pasangan.
Minimum Syarat Umur Str & Anak Tanggungan
- Bujang: lazimnya 21–59 tahun; OKU boleh berbeza mengikut garis panduan.
- Warga Emas: ≥60 tahun
- Anak Tanggungan: menepati syarat umur/sekolah dan pengenalan MyKid/MyKad sah.
Syarat Str Anak Angkat & Penjaga Sah
- Anak angkat mesti berdaftar di JPN atau ada dokumen jagaan sah.
- Serahkan bukti perundangan penjagaan jika diminta.
- Elak pertindihan tuntutan antara ibu bapa/penjaga.
Senarai Syarat Str OKU & Cara Pengesahan
- Pemohon/tanggungan OKU perlu pengesahan daripada agensi berkaitan (contoh: JKM/JKM e‑Daftar/ kad OKU).
- Pastikan nombor rujukan OKU sah dan aktif.
- Muat naik salinan dokumen sebagai bukti sokongan.
Jika Masih Pelajar, Bekerja Sendiri & Tiada Slip Gaji
Persoalannya sekarang, adakah pelajar atau yang bekerja sendiri mahupun yang tiada slip gaji & pendapatan layak untuk menerima bantuan str? Boleh sebenarnya jika anda mengikut cara seperti di bawah ini
- Pelajar: Kelulusan tertakluk kepada had umur dan status anda di bawah kategori tanggungan str
- Bekerja sendiri: Sediakan penyata bank, rekod jualan atau Akuan Sumpah untuk membolehkan permohonan anda dipertimbangkan.
- Tiada slip gaji: Guna surat pengesahan majikan atau Akuan Sumpah yang sah.
Soalan Lazim
1) Adakah warganegara yang bekerja di luar negara layak terima str?
Layak jika anda mematuhi syarat warganegara dan pemastautin pada tahun tersebut.
2) Bolehkah pasangan saya yang bukan warganegara masuk dalam kategori isi rumah?
Boleh, dengan syarat ada dokumen perkahwinan yang sah; had pendapatan terkumpul masih mengikut kategori str bagi yang berkahwin yang telah ditetapkan.
3) Bagaimana jika Anak angkat saya masih belum didaftarkan dengan JPN?
Usah bertangguh lagi. Terus buat pendaftaran atau sediakan dokumen jagaan yang sah sebelum anda membuat tuntutan tanggungan dalam str.
4) Adalah melepasi syarat str bujang jika umur bawah 21 tahun?
Maaf anda tidak layak sama sekali
Pautan Rasmi LHDN STR
- Portal STR: bantuantunai.hasil.gov.my
- Log Masuk MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login
- FAQ STR terkini: bahagian Muat Turun di portal STR
Penafian: Syarat kelayakan str dan had pendapatan yang ditetapkan boleh berubah mengikut tahun pada pembentangan bajet tahunan kerajaan. Sentiasa rujuk portal rasmi untuk butiran rasmi yang terkini.

