Bila Duit STR Masuk – Kenapa Tak Masuk Lagi & Gagal Kredit

bila duit str masuk

Soalan paling popular setiap kali musim bayaran: “duit STR bila masuk?” “pukul berapa str masuk” dan “kenapa duit STR tak masuk lagi?” dan juga isu gagal kredit.

Artikel ini menerangkan tempoh sebenar duit masuk ke akaun bank, punca lewat, cara semak transaksi, serta langkah yang betul jika masih belum terima duit bantuan str selepas tarikh diumumkan.

Berapa Jumlah STR 2026 untuk diterima oleh setiap penerima mengikut kategori. Terbaik semakin meningkat!

Duit STR Bila Masuk Pada Fasa 4

Pastikan anda sudah lakukan Semakan STR samada lulus atau tidak melalui online atau terus di kaunter lhdn yang berdekatan dengan anda
FASATARIKH BAYARAN STR
Fasa 122 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025 (penerima sedia ada) · 3 April 2025 (kelulusan/rayuan baharu)
Fasa 312 Ogos 2025
Fasa 418 Oktober 2025 (Ini kerana Bayaran STR Fasa 4 Diawalkan)
SUMBER RASMI: Lembaga hasil Dalam Negeri

Bila Duit STR Masuk Ke Akaun Bank

Proses kredit duit bantuan STR akan dibuat secara berperingkat bermula pada tarikh ia diumumkan. Masa yang lebih tepat bergantung kepada bank masing‑masing.

Cara semak adalah seperti berikut:

  • Pantau online banking anda pada hari pengumuman dan hari berikutnya dari masa ke semasa.
  • Semak Dashboard MySTR → Maklumat Pembayaran samada sudah proses atau tidak
  • Jika masih belum lagi str kredit selepas beberapa hari bekerja, boleh rujuk penjelasan kami seperti di bawah ini

Pukul Berapa STR Masuk & Hari Apa?

Yang tertanya-tanya bila masuk STR tidak kira akaun Bank Rakyat, Bank Islam, RHB, Maybank,

  • Hari: Bermula pada tarikh rasmi yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
  • Waktu: Ramai yang bertanya pukul berapa str masuk? Sepanjang hari (pagi → tengah hari → petang → ada juga yang menerima pada waktu malam/larut malam bergantung kepada pengurusan pihak bank).
  • Nota: Jika anda masih tidak terima duit dari kerajaan sehingga tempoh 3 hari bekerja, boleh ikut panduan yang kami kongsikan seperti di bawah ini. Teruskan membaca.

Kenapa Duit STR Masih Belum Masuk Ke Akaun Saya?

Antara beberapa faktor, kenapa duit str fasa 4 tak masuk lagi dalam akaun bank, ialah:

  • Proses Pengkreditan akan dilakukan secara berperingkat mengikut bank. Ada yang terima pada waktu pagi, sebahagian pada waktu tengah hari/malam.
  • Sistem bank mengalami trafik yang tinggi pada hari puncak. Transaksi boleh berstatus pending untuk sementara waktu.
  • Padanan akaun bank. Nama akaun bank anda ≠ MyKad pemohon sehingga boleh menyebabkan timbul masalah str belum masuk lagi dan timbulnya isu Gagal Kredit.
  • Akaun dorman/tidak lagi aktif. Bank tidak membenarkan sebarang transaksi dilakukan.
  • Rekod MySTR belum dikemas kini. Berlaku perubahan pada alamat, telefon, status perkahwinan, jumlah tanggungan anak, atau nombor akaun anda masih belum disahkan lagi.
  • Isu teknikal sementara. Ini kerana terdapat masalah gangguan portal atau sistem online bank sedang berlaku penyelenggaraan.
Jika anda nak tahu dan check Jadual Pembayaran STR Mengikut Bank mana satu paling awal

Senarai Masalah Biasa Kenapa Duit STR Tak Masuk Lagi Akaun Bank

1) Str Gagal Kredit – Akaun Bank Tidak Aktif

  • Akaun dorman/ditutup → ada isu gagal kredit STR ke dalam akaun bank.
    Penyelesaian: Aktifkan atau buka akaun baharu dan kemaskini MySTR.

2) STR Masih Dalam Semakan

  • Status Dalam Proses / Tiada Rekod.
    Penyelesaian: Tunggu keputusan; semak semula dalam beberapa hari bekerja.

3) STR Lulus Tapi Akaun Belum Disahkan

  • Nama akaun ≠ MyKad, atau akaun bersama.
    Penyelesaian: Guna akaun atas nama anda sebagai pemohon; kemaskini di MySTR.

4) Masalah Teknikal Bank

  • Trafik tinggi/penyelenggaraan → transaksi lewat dipaparkan.
    Penyelesaian: Semak semula pada waktu luar puncak & aktifkan notifikasi transaksi.

Cara Semak Jika Duit STR Sudah Dikreditkan ke Akaun

Bagaimana cara tukar Kata Kunci Keselamatan STR untuk tujuan mengelakkan dari diceroboh oleh hacker.
  1. Portal MySTR: Log masuk → Dashboard → Maklumat Pembayaran (tarikh, status, kaedah bayaran).
  2. Aplikasi bank/Perbankan Internet: Semak Rekod Transaksi pada hari pengumuman
  3. SMS/Emel notifikasi bank: Pastikan notifikasi aktif.
  4. BSN (jika Gagal Kredit): Bawa MyKad untuk tuntutan tunai mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Proses Tuntutan Duit STR Di Kaunter BSN

  1. Sila bawa MyKad anda dan nyatakan tujuan anda datang ke kaunter lhdn untuk tujuan tuntutan STR.
  2. Ambil nombor giliran dan tunggu panggilan.
  3. Pegawai sahkan identiti & status kelayakan.
  4. Terima tunai atau kredit ke akaun BSN.
  5. Simpan resit rasmi.

Jika wakil hadir: Sediakan surat kebenaran dan dokumen sokongan yang diterima bank.

Apa Perlu Buat Jika Duit STR Tak Masuk Lagi?

Akan ada penerima bantuan berhadapan dengan isu STR Maybank belum masuk, atau melibatkan akaun BSN, CIMB, Hong Leong, RHB, Bank Islam, Public Bank, Ambank atau bank lain. Apa perlu anda lakukan?

  1. Tunggu sehingga 3 hari bekerja. Kredit akan dibuat berperingkat mengikut sistem bank.
  2. Semak MySTR. Jika paparan Gagal Kredit, tuntut tunai di BSN dan kemaskini akaun bank untuk terima pada fasa seterusnya.
  3. Periksa status akaun bank. Pastikan aktif & atas nama pemohon (ejaan ≡ MyKad).
  4. Hubungi pihak berkaitan:
    • Bank (jika transaksi masih pending/akaun bermasalah).
    • Hasil Care Line/LHDN (jika status MySTR meragukan).
  5. Rayuan/kemaskini (jika ditolak): Sediakan dokumen sokongan (surat majikan, slip/penyata bank, dokumen keluarga).

Bank Mana Paling Cepat Masuk Duit STR?

Sebenarnya tiada istilah “bank paling cepat” buat pembayaran duit bantuan. Kebiasannya Setiap bank mengkreditkan mengikut batch dalaman. Fokus pada:

  • Notifikasi transaksi aplikasi bank
  • Semak transaksi berkala pada hari pengumuman hingga 3 hari bekerja

Berdasar pengalaman kami sendiri, STR bsn paling cepat masuk dan terima dalam akaun bank, kemudian disusuli maybank, ambank, hong leong, bsn, cimb, bank islam, public bank, rhb, bank rakyat.

Duit Bantuan STR Masuk Akaun Lama atau Baru?

  • STR akan dikreditkan ke akaun bank yang sah seperti anda daftar di portal rasmi MySTR.
  • Jika anda tukar akaun, pastikan kemaskini MySTR lebih awal.
  • Jika anda mengalami masalah Gagal Kredit akibat akaun lama: boleh tuntut tunai di BSN, kemudian kemaskini akaun baharu untuk terima duit bantuan str pada fasa akan datang.

Checklist “Bila Duit STR Tak Masuk Lagi”

kenapa duit str tak masuk lagi
  • Semak terus di portal MySTR → periksa di bahagian Maklumat Pembayaran
  • Kemudian semak transaksi bank hingga 3 hari bekerja
  • Adakah akaun bank anda masih lagi aktif & akaun tersebut masih atas nama sendiri mengikut apa yang tertera di Mykad
  • Tiada sekatan bank/dorman
  • Jika Gagal KreditBSN atau mana-mana bank yang anda daftarkan sebelum ini + kemaskini akaun di MySTR
Bagaimana cara kemaskini STR Untuk Pasangan Berkahwin atau dari bujang ke status keluarga sekarang

Soalan Lazim (FAQ)

1) Saya tiada akaun bank. Bolehkah terus tuntut duit STR di BSN?

Ya, bawa MyKad dan ikut proses tuntutan tunai yang telah pun kami kongsikan seperti di atas.

2) STR Lulus, tapi akaun saya akaun bersama. Boleh?

Lebih baik untuk anda gunakan akaun atas nama anda sebagai pemohon. Akaun bersama acapkali ditolak permohonan selepas semakan padanan data dengan agensi kerajaan lain.

3) Bila Boleh tukar bank selepas pengumuman kerajaan pengagihan duit bantuan str masuk mengikut fasa?

Boleh, tetapi setiap perubahan dan kemaskini yang telah anda lakukan hanya akan berkuatkuasa pada fasa seterusnya.

4) Apa perlu saya buat jika status lulus tapi masih tidak dapat duit bantuan selepas melepasi tempoh 3 hari bekerja?

Sila pastikan akaun bank anda masih lagi aktif tiada sebarang masalah. Jika masih bermasalah, sila terus ke kaunter lhdn untuk menerima bantuan dari pegawai bertugas.

Scroll to Top